awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular

Amanz
Amanz
04/01/2024
05:22 MYT
Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular
Menerusi teknologi Direct to Cell, pelanggan tidak lagi perlu risau peranti pintar mereka tidak mempunyai rangkaian selular lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan luar bandar atau ketika melakukan aktiviti riadah. -Amanz
SPACEX telah melancarkan enam satelit pertama Starlink yang boleh menyokong rangkaian selular pada telefon pintar.
Sistem Direct to Cell yang digunakan dilancarkan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi T Mobile di Amerika Syarikat.
Menerusi teknologi Direct to Cell, pelanggan tidak lagi perlu risau peranti pintar mereka tidak mempunyai rangkaian selular lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan luar bandar atau ketika melakukan aktiviti riadah.
Teknologi ini turut membolehkan rangkaian selular satelit dinikmati ketika berada di tengah-tengah laut.
Sistem telekomunikasi satelit pada iPhone pada waktu ini hanya menyokong penghantaran teks dan bukannya internet serta panggilan suara.
Ujian akan dilakukan bagi melihat kemampuan teknologi ini sebelum ia ditawarkan kepada orang ramai.
Selain T Mobile, syarikat telekomunikasi lain yang akan menawarkan Direct to Cell kepada pelanggan mereka ialah KDDI (Jepun), Optus (Australia), One NZ (New Zealand), dan Rogers (Kanada). -Amanz
Topic Berkaitan
#Starlink
#SpaceX
#Direct to Cell
#T Mobile
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan