KOTA BHARU: Statistik jenayah komersial di negeri ini dilihat menunjukkan peningkatan dengan jumlah kerugian sebanyak RM24.8 juta direkodkan bagi Januari hingga November tahun ini berbanding RM16.07 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam tempoh tersebut sebanyak 904 kes dicatatkan iaitu peningkatan sebanyak 30 kes berbanding 874 kes tahun lalu.
Beliau berkata, kes tertinggi yang direkodkan tahun ini adalah berkaitan penipuan Macau scam iaitu 171 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM5.9 juta.
Katanya, penipuan lain yang direkodkan adalah melibatkan e-Dagang, pelaburan, pinjaman tidak wujud, kerja sambilan dalam talian, love scam, menyamar pinjam wang, phishing, tipu nombor TAC dan tipu menang peraduan dengan nilai keseluruhan kerugian adalah RM14.1 juta.
"Polis Kontinjen Kelantan juga turut merekodkan kes tipu secara bersemuka, pecah amanah, ah long dan lain-lain kes jenayah siber dan multimedia dengan kerugian melebihi RM10 juta pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Muhamad Zaki, kes terbaru yang direkodkan adalah penipuan menggunakan nama masjid untuk mengutip derma yang berlaku di Tumpat pada 29 Oktober lepas.
Beliau berkata dalam kejadian itu seorang lelaki yang menyamar sebagai penghulu telah menggunakan nama seorang Imam di Tumpat meminta sumbangan untuk satu majlis melibatkan anak-anak yatim.
"Mangsa telah menyerahkan wang sebanyak RM2,300 untuk derma tersebut namun menyedari ditipu selepas mendapati tiada sebarang program diadakan di masjid yang didakwa.
"Susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa berusia 48 tahun polis telah berjaya menahan seorang suspek berusia 28 tahun di Kemumin, Kota Bharu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Adam Darwish
Sat Dec 03 2022
Muhamad Zaki berkata, kes terbaru yang direkodkan adalah penipuan menggunakan nama masjid untuk mengutip derma yang berlaku di Tumpat pada 29 Oktober lepas. - Gambar fail
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.