KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara itu perlu dilakukan supaya keputusan atau fatwa yang bakal dikeluarkan oleh MKI selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja lebih teliti dan diperhalusi sebaik-baiknya.
"Untuk makluman, semua isu berkaitan daging kultur telah dibincangkan oleh MKI. Insya-Allah, perkara ini akan terus diperhalusi termasuk yang saya sebutkan baru-baru ini iaitu kita akan adakan perbincangan dengan IIFA di Jeddah dan isu daging kultur akan dimasukkan pada pertemuan itu.
"Sudah tentu keputusan MKI akan menghimpunkan semua mufti dari seluruh negara... keputusannya hanya boleh diumum setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebab ini adalah proses yang perlu kita patuhi dan tidak boleh diumumkan begitu sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat 2024 Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Pelancaran Sambutan Jubli Emas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya juga cuba mengesan sekiranya terdapat kemasukan daging kultur ke Malaysia namun sehingga kini, tiada lagi yang ditemukan.
"Sekarang masih belum ada lagi produknya. Kita sebenarnya ada tanya Singapura berhubung perkara ini namun tiada... kilang itu sendiri pun baru nak ditubuhkan, yang ada mungkin video yang boleh dibuat (diada-adakan) dan diviralkan," katanya.
Beliau berkata JAKIM juga telah mengadakan satu kajian awal pada tahun lepas dan telah dibentangkan dalam MKI dan hasil daripada pembentangan itu pihaknya melihat ada keperluan untuk mereka (Jakim) berbincang bersama IIFA di Jeddah nanti.
"Insya-Allah dalam bulan dua akan diadakan satu conference oleh IIFA bersama dengan ulama-ulama di peringkat global untuk mendapatkan pandangan kerana kita tidak mahu buat keputusan yang syok sendiri dan hasilnya itu biarlah kita dapatkan pandangan ulama antarabangsa barulah kita keluarkan hasil (keputusan).
"Dari segi kepakaran (Malaysia), di samping ilmuan yang sedia ada bersama mufti-mufti seluruh Malaysia, kita juga ada makmal (Makmal Analisis Halal Malaysia), Bandar Enstek kerana sekiranya ada beberapa produk yang meragukan kita akan hantar ke makmal ini yang berkeupayaan serta diiktiraf oleh ISO (Jabatan Standard Malaysia dalam MS ISO/IEC 17025:2017) yang memang mampu mengenalpasti lemak dan alkohol," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Mohd Na’im ketika ditemui media selepas Majlis Amanat 2024 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Pelancaran Sambutan Jubli Emas JAWI di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. - Foto Bernama
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.
Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan sepasang suami isteri mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh didakwa cuai sehingga bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Agrobank terima dana skim kredit mikro daripada Kerajaan Sarawak
Agrobank pada Jumaat menerima Dana Tambahan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Jumlah pengangur di Malaysia terus catat penurunan
Jumlah penganggur di Malaysia pada mac 2024 terus catat penurunan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menurun kepada 566,600 orang mencatatkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Institusi mufti perlu bawa isu bersifat nasional ke MKI sebelum beri jawapan - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata proses penyediaan jawapan bagi apa-apa isu boleh ditambah baik dengan disertakan hujah yang konkrit serta jalan penyelesaian.
Waktu subuh di Wilayah Persekutuan dilewatkan lapan minit - Mufti Wilayah
Waktu Subuh bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilewatkan selama lapan minit bermula esok, 30 Nov.