awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 300 dikompaun, pesalah buang sampah diwajib buat khidmat masyarakat - Kor Ming
Kerajaan, Razak Baginda dan dua bekas UTK perlu bayar RM1.4 juta kepada keluarga Altantuya
Perkasa bahasa Melayu, Nga Kor Ming akui mampu bertutur enam bahasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status negara tua dibangkit dalam Dewan Negara

Bernama
Bernama
11/12/2019
12:28 MYT
Status negara tua dibangkit dalam Dewan Negara
Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. - Gambar hiasan
Isu Malaysia yang bakal mencapai status negara tua menjelang 2030 mendapat perhatian beberapa senator Dewan Negara ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 hari ini.
Senator Asmak Husin yang membangkitkan perkara itu ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat berkolaborasi dengan pusat ibadat untuk memperbanyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bagi menyediakan pelbagai aktiviti khusus kepada golongan itu.
"Ataupun menubuhkan rakan PAWE yang bersifat mesra warga emas... Kalau ada rakan PAWE, maka kita akan mempunyai banyak pusat warga emas yang dapat menampung keperluan mereka," katanya.
Mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk.
Senator Dr Ahmad Azam Hamzah pula menyarankan kerajaan agar mengadakan program kesihatan secara berterusan kerana terdapat perubahan dalam pola penyakit berkaitan gaya hidup rakyat dan populasi menua.
"Ia juga kerana perbelanjaan kesihatan awam (oleh kerajaan) bagi (rawatan) penyakit kronik amat tinggi," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#kesihatan awam
#negara tua
#populasi
#Pusat Aktiviti Warga Emas
#rakyat Malaysia
#warga tua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan