KUALA KANGSAR: Siapa kata jadi suri rumah sepenuh masa tidak boleh memiliki Ph.D?
Ibu kepada dua anak, Dr Hanita Hashim membuktikan tidak kira apa status sekali pun, asalkan minat kepada ilmu, juga menetapkan dalam hati bahawa pembelajaran itu adalah proses sepanjang hayat, semuanya bukan mustahil.
Hanita yang berusia 51 tahun bukan sahaja bersyukur, tetapi gembira apabila akhirnya pengorbanan memulakan pengajian sejak tahun 2017 berbalas dengan segulung Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat dengan tesis bertajuk 'Divisional Distributed Computing Model In The Case Of Multiple Sources And Receptors For Inter State Waqf Data Transaction Based On Electricity Supply' dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
Menurutnya, kejayaan itu tidak akan dicapai dengan mudah jika tiada dorongan suami dan anak-anaknya, Aiman Hanif dan Aishatul Hannan, masing-masing berusia 24 dan 20 tahun.
"Banyak cabaran yang dihadapi sepanjang usaha mendapat Ph.D ini. Saya akui jalannya bukan mudah, tetapi tidak juga sukar sebenarnya. Antara halangan termasuk sekatan COVID-19, yang memperlahankan tempo pembelajaran saya."
"Selain itu, saya agak "down" apabila suami habiskan pengajian terlebih dahulu, sedangkan kami dari awal sepakat mahu menghabiskan pengajian bersama-sama. Ini kerana topik kajian yang dipilih adalah berkaitan.
“Tetapi saya akur dengan rezeki ditentukanNya dan memberi laluan kepada suami tamatkan pengajian dahulu. Ini bagi membolehkan saya menguruskan ibu yang kurang sihat," ujar Hanita kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
Suami Hanita, Prof Madya Dr Anas Md. Yusof yang tamat Ph.D pada 2021 adalah Timbalan Naib Canselor, Pentadbiran dan Kewangan di USAS.
Halangan lain, tambah Hanita ialah kesibukan menguruskan masa sebagai ibu dan hal ini menyebabkan setiap kali mahu menyiapkan tesis sebagai contoh, ia pasti tersangkut pada bahagian menyusun kandungan serta mengarang secara akademik hujah dibentangkan.
"Mujur, walaupun sudah berusia dan suri rumah pula, sarjana saya adalah dalam bidang teknologi maklumat. Kalau pelajar lain bertungkus-lumus mendalamkan ilmu dalam soal teknikal untuk menyiapkan tesis, saya kurang berdepan masalah itu kerana ada pengetahuan sedikit tentang komputer dan reka bentuk tesis," katanya.
Semasa sudah memulakan pengajian, Hanita turut terlibat mengendalikan Rumah Ngaji Taiping, iaitu badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat menggalakkan masyarakat membaca serta memahami al-Quran, dan ini juga menuntut masa beliau untuk memastikan perkembangannya memberangsangkan.
Namun, dalam hal ini, katanya, suami mendorong beliau serta memberi motivasi untuk tidak melengah-lengahkan usaha menyiapkan tesis, memandangkan ia janji bersama untuk memiliki Ph.D, tidak kira cepat atau lambat.
"Memandangkan ia janji kami berdua, saya dibakar semangat untuk memastikan janji dikota. Alhamdulillah, saya berjaya juga akhirnya," kata ibu dua anak berasal dari Teluk Intan dan kini menetap di Taiping.
Hanita menerima ijazah Ph.D pada istiadat konvokesyen USAS yang disempurnakan Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang juga merupakan Canselor universiti tersebut.
Majlis itu berlangsung pada 9 dan 10 Disember lepas yang turut menyaksikan seramai 1,525 graduan merangkumi 12 penerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), 34 Ijazah Sarjana, 9 Diploma Pasca Siswazah, 778 Ijazah Sarjana Muda dan 692 Diploma.
Ditanya perancangan masa depan, Hanita berkata, buat masa ini, beliau belum membuat keputusan untuk turut serta dalam bidang akademik tetapi mengakui berhasrat mengembangkan lagi program-program rumah ngaji secara percuma apabila menyedari wakaf merupakan konsep yang paling sesuai untuk diamalkan bagi tujuan tersebut.
Rumah Ngaji Taiping digerakkan oleh beliau secara infak dengan bantuan keluarga dan rakan-rakan dan semua pengajian pembacaan al-Quran dijalankan secara percuma berlandaskan konsep wakaf, iaitu bidang kajian Ph.D beliau sendiri.
"Saya harap kajian mengenai wakaf yang dijalankan bukan sahaja dapat digunakan untuk membantu operasi rumah-rumah ngaji di Malaysia, tetapi juga berupaya direalisasikan kepada seluruh institusi pengajian di negara ini," katanya.
Azlinariah Abdullah
Tue Dec 12 2023
Dr Hanita Hashim menerima skrol Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) daripada Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang juga merupakan Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.