Stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya masih ditutup susulan kerosakan pada bumbung stesen itu yang ditiup angin kencang.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, kerja-kerja baik pulih bumbung berkenaan sedang giat dijalankan.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan,Stesen LRT Kelana Jaya hanya akan dibuka semula selepas kerja-kerja pembaikan itu selesai.

Stesen itu ditutup sejak Sabtu atas faktor keselamatan susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat.

BACA: Bumbung melayang dipukul angin, stesen LRT Kelana Jaya ditutup sementara

Bagaimanapun, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

Penumpang LRT dari gombak atau Putra Heights yang ingin ke Stesen Kelana Jaya perlu turun di Stesen Taman Bahagia untuk menaiki bas perantara ke stesen Kelana Jaya.