awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen LRT KLCC ditutup akibat kepulan asap bilik elektronik

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2025
09:41 MYT
Stesen LRT KLCC ditutup akibat kepulan asap bilik elektronik
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, ini ekoran daripada laporan awal terhadap kepulan asap dikesan di bahagian bilik peralatan elektronik yang terletak dalam stesen. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia KL
KUALA LUMPUR: Stesen LRT KLCC ditutup sementara waktu dan penumpang hanya dibenarkan keluar daripada stesen itu pada petang Khamis.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan memaklumkan, ini ekoran daripada laporan awal terhadap kepulan asap dikesan di bahagian bilik peralatan elektronik yang terletak dalam stesen.
Jelas kenyataan Rapid Rail, penumpang disaran ke Stesen Persiaran KLCC dan Stesen Ampang Park untuk meneruskan perjalanan mereka.
Malah, perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan di antara Stesen Ampang Park, Stesen KLCC dan Stesen Dang Wangi.
Kenyataan itu turut memaklumkan pihak bomba sudah berada di lokasi kejadian.
Untuk maklumat terikini, orang ramai boleh melayari laman media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE.
Topic Berkaitan
#stesen LRT KLCC
#kepulan asap kecil
#Rapid Rail KL
#sistem pengangkutan LRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan