awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Steven guna wang peribadi taja bekas guru tunai umrah

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2023
23:40 MYT
Steven guna wang peribadi taja bekas guru tunai umrah
Steven (tengah) bersama Zaniyah (dua, kanan) dan Johari (kiri) yang akan bertolak ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama anak-anak mereka. - Foto Facebook Steven Sim Chee Keong
SHAH ALAM: “Di Tanah Suci Makkah nanti, mohon cikgu halalkan segala ilmu yang diajarkan dan doakan Steven diberikan kekuatan menggalas tanggungjawab berat sebagai wakil rakyat,” demikian luahan Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata, tajaan umrah itu menggunakan wang peribadi dan bukannya peruntukan kerajaan bertujuan menghargai jasa guru yang merupakan tenaga pengajar pertama dalam hidupnya.
“Februari lalu, saya janji nak taja guru darjah satu saya, Cikgu Zaniyah dan suaminya, Pak Johari untuk menunaikan umrah.
“Ini saya pakai duit sendiri sebagai menghargai jasa guru sekolah pertama dalam hidup saya, bukan pakai peruntukan kerajaan.
“Kini, penantian lapan bulan untuk ke Tanah Suci Makkah berakhir,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam menerangkan, beliau pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semata-mata ingin memberikan kejutan buat gurunya itu.
Beliau turut mendoakan agar pasangan tersebut selamat pergi dan pulang serta memperoleh umrah yang mabrur.
“Bangun sebelum subuh, pergi lapangan terbang beri kejutan kat Cikgu Zaniyah.
“Cikgu tak tahu saya akan datang untuk menghantar mereka, saya tak maklum sebab nak bagi kejutan.
“Kelesuan bangkit tidur jam 4 pagi hilang apabila saya tengok senyuman syahdu pada wajah cikgu dan Pak Johari,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#umrah
#taja bekas guru tunai umrah
#Steven Sim
#guru darjah satu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan