KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di media sosial berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu rangkaian kedai sebaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pemilik akaun Facebook (FB) berusia lingkungan 35 tahun ditahan di kawasan Cheras di sini semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
"Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R (raja, agama, bangsa).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini. - Gambar hiasan
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
TikTok saman kerajaan Amerika Syarikat
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat susulan tindakan pengharaman aplikasi itu.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas petang Selasa.
Kenaikan gaji penjawat awam: Cuepacs harap harga barang tidak naik
Harga yang ditawarkan di pasaran mestilah setara dan adil dengan pendapatan pengguna.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
Serangan kedai serbaneka, MRA gesa percepat siasatan
Pihak berkuasa mesti dibenarkan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Stoking tertera kalimah Allah: Dua syarikat termasuk KK Mart didakwa esok
Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd serta pengarah-pengarah syarikat berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Isu stoking: 'Akmal wakili suara umat Islam' - Ab Rauf
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan kelantangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah SWT mempunyai asas yang konkrit.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Stoking tertera kalimah Allah: PM mahu tindakan segera dilaksana ikut undang-undang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil mengikut undang-undang ditetapkan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka baru-baru
Isu stoking tertera kalimah Allah: Armada Bersatu persoal kelewatan siasatan, tindakan
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pihaknya menyokong titah Sultan Ibrahim yang mahu siasatan serta tindakan tegas diambil.