PETALING JAYA: Anda rasa stres bila setiap kali nak strim untuk menonton filem dan bola tapi internet tak kencang? Jangan risau, sebab sekarang ini anda boleh saksikan pelbagai program menarik dengan lancar menerusi tawaran menarik di Astro Fibre!

Menawarkan bundle berbaloi dengan hanya RM149.99, semua pelanggan Astro kini boleh menikmati WiFi Kencang 50Mbps, saluran-saluran Astro dan tontonan Liga Bola Sepak Malaysia, #DEMILIGAKITA!

Pengarah Pemasaran Astro Fibre, Norsiah Juriani Johari berkata, sempena bulan Ramadan dan hari raya ini juga pihaknya turut menyediakan pelbagai inisiatif bagi mengimarahkan bulan mulia bagi umat Islam itu.

Astro Fibre | Strim bola, hiburan hebat dan poket pun jimat

“Antara inisiatif dilaksanakan adalah Pedoman Ikhlas bersama PU Amin, yang mana anda boleh mendapat manfaat daripada program ditayangkan pada setiap hari ini (sebelum bersahur dan berbuka), ia sebagai inisiatif tazkirah daripada Astro Fibre WiFi Kencang.

“Seperti kita tahu, Astro Fibre merupakan jenama baharu yang baru setahun diperkenalkan di pasaran. Alhamdulillah menerusi kerjasama dengan radio Sinar, Zayan dan Gegar, kita dapat lakukan banyak program-program dengan masyarakat pada Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI pada Majlis Iftar & Tarawih Astro Fibre dengan usahasama Sinar dan Zayan di Masjid Muadz, Setiawangsa di sini pada Sabtu.

Tambah Norsiah Juriani, pihaknya ingin mengubah persepsi terhadap Astro yang mana perkhidmatan penyiaran itu kini lebih ‘baharu’, malah pelanggan yang tinggal di kondominium boleh sahaja memesan Astro Plug & Play (tidak lagi perlu memasang satelit) untuk menstrim Astro.

Dapatkan pakej bundle berbaloi dengan hanya RM149.99 dan nikmati WiFi Kencang 50Mbps, saluran-saluran Astro dan tontonan Liga Bola Sepak Malaysia, #DEMILIGAKITA!

“Tahun ini juga kita menyediakan pelbagai program menarik sempena hari raya Aidilfitri dan tidak hanya itu… semua kita tahu sekarang ini sedang berlangsung perlawanan Liga Malaysia justeru dengan tawaran pakej berbaloi ini para pelanggan boleh menyaksikannya  dengan menstrim secara mudah.

“Oleh demikian, kami menyeru untuk anda semua melihat pakej-pakej disediakan di Astro dan salah satu promosi sangat menarik sempena hari raya ini adalah pelanggan boleh menikmati Astro Fibre, Astro pakej serta menonton Liga Malaysia pada harga bermula RM149.99,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan promosi ditawarkan, anda boleh melayari laman web rasmi Astro di sini.


*Artikel ini adalah kandungan berbayar