Studio Ghibli, Square Enix, Shueisha pula minta OpenAI Sora tidak langgar harta intelek

Antara yang dihasilkan ialah Mario menjadi pengedar dadah dan Sonic menjadi pencuri. - Foto Amanz
SELEPAS OpenAI Sora dilancarkan beberapa minggu lalu, media sosial dibanjiri video janaan kecerdasan buatan (AI) yang jelas melanggar hak pemegang harta intelek (IP).
Antara yang dihasilkan ialah Mario menjadi pengedar dadah dan Sonic menjadi pencuri.
Minggu lalu, Persatuan Pengedaran Kandungan Luar Negara (CODA) yang mewakili 36 syarikat Jepun meminta OpenAI untuk tidak lagi membenarkan Sora menjana video mengandungi IP milik mereka.
Antara ahli CODA ialah Studio Ghibli, Square Enix, Toei Animation, Kadokawa, Shueisha Inc, dan Bandai. Janaan Sora yang memaparkan IP mereka jelas melanggar undang-undang.
Oleh itu surat telahpun dihantar kepada OpenAI untuk memastikan kandungan milik ahli CODA tidak lagi boleh dijana Sora selepas ini.
Ini adalah memenuhi arahan OpenAI sendiri yang mengatakan pemilik IP perlu meminta supaya IP mereka tidak dijana.
Dua minggu lalu kerajaan Jepun telah menghantar permintaan kepada OpenAI supaya tidak melanggar hak cipta milik syarikat-syarikat negara tersebut termasuk anime dan juga manga.
Tetapi kerana permintaan tidak dihantar sendiri oleh pemegang IP, permintaan ini tidak diendahkan OpenAI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


