SUAMI Britney Spears, Sam Asghari akhirnya mengaku mahu mengakhiri perkahwinan yang baru berusia 14 bulan dibina dengan bintang sensasi dunia itu.
Menerusi Instagramnya, Asghari mengatakan: “Selepas enam tahun bercinta dan memberi komitmen, perjalanan kami sudah berakhir.
“Perkara buruk berlaku tapi saya akan mendoakan yang terbaik untuknya.”
Di sebalik pengumuman ringkas itu, TMZ melaporkan sumber memberitahu lelaki berusia 29 tahun tersebut sebenarnya sudah tidak tahan dengan sikap Spears.
Penyanyi itu antaranya didakwa telah menyerang dan memukul suaminya beberapa kali sepanjang mereka bersama.
Pasangan itu dikatakan kerap bergaduh sehingga membabitkan pihak pegawai keselamatan.
Asghari juga mendakwa pernah dibaling dengan barang dan ditumbuk oleh Spears sewaktu sedang tidur, awal tahun ini. Keganasan yang dilakukan menyebabkan dia cedera pada bahagian mata dan kesan lebam di tangan.
Spears juga dakwa sumber tersebut menyimpan pisau di dalam bilik tidur sehingga membuat Asghari ketakutan.
“Dia (Spears) paranoid akan ada orang datang dan cuba melakukan sesuatu yang buruk kepadanya maka dia menyimpan pisau di dalam bilik. Dia menyimpan pisau di serata rumah juga.
“Jadi dia mengatakan perlu pisau demi menjaga keselamatan. Tapi Asghari bimbang dengan adanya pisau di dalam bilik kerana isterinya boleh membaling, membuang atau melakukan perkara di luar kawalan biarpun pada isu yang kecil,” dakwa sumber tersebut.
Meski demikian dakwaan tersebut belum mendapat respons daripada pihak Spears.
Spekulasi pergolakan rumah tangga pasangan tersebut sudah mula dihidu sejak Mac lalu. Laporan itu dinafikan pihak Asghari.
Penyanyi lagu Toxic itu bertemu Asghari pada tahun 2016 sewaktu lelaki tersebut terbabit dalam muzik videonya, Slumber Party.
Mereka berkahwin pada Jun 2020 dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri sekitar 60 tetamu termasuk Drew Barrymore, Madonna, Paris Hilton dan Selena Gomez. -- Gempak
Gempak
Fri Aug 18 2023
Britney bertemu Asghari pada tahun 2016 sewaktu lelaki tersebut terbabit dalam muzik videonya, Slumber Party. - Foto Agensi/Gempak
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
'Saya tahu saya mengecewakan', Justin Timberlake mohon maaf daripada Britney Spears dan Janet Jackson
Timberlake menyatakan sedemikian menerusi akaun Instagramnya selepas menerima kritikan pada minggu ini di media sosial dan media arus perdana.
Akhirnya... Britney Spears keluar pusat rawatan mental
Penyanyi berusia 37 tahun itu telah berehat secukupnya dan bersedia menjalani kehidupan harian seperti biasa.