awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri antara tiga maut dalam kemalangan di Sungkai

Aida Aziz
Aida Aziz
18/10/2020
09:24 MYT
Suami isteri antara tiga maut dalam kemalangan di Sungkai
Mangsa disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Saga secara depan.-depan. - Foto Astro AWANI
SUNGKAI:Tiga termasuk sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan, apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 88, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Sungkai pada Ahad.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Ridhwan Ismail, 22, yang memandu Perodua Myvi dan Mohamed Tahir Junus, 64, serta isterinya Nor Aini Mohd Sam, 54, yang menaiki kereta Proton Saga.
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, kemalangan pada pukul 11.04 pagi itu berlaku semasa pemandu Perodua Myvi, Muhammad Ridhwan dalam perjalanan dari Subang Jaya, Selangor menghala ke Teluk Intan, Perak.
"Apabila sampai di lokasi kemalangan, mangsa disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Saga secara berdepan.
"Akibat daripada kemalangan ini, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Slim River manakala pasangan suami isteri yang menaiki Proton Saga meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, punca kematian masih dalam siasatan dan menunggu laporan bedah siasat.
Wan Azharuddin berkata waris mangsa telah dimaklumkan berhubung kemalangan itu dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#suami isteri maut
#kemalangan di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur
#kemalangan di Sungkai
#Perodua Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan