KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas lima pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM6 juta, dua tahun lalu.
Tan Soon Hin dan isterinya, Teh An See, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd Majid dan Hakim Kamarudin Kamsun.
Tan, 43, didakwa melibatkan diri secara tidak langsung dalam transaksi wang berjumlah RM6,079,922.75 didepositkan ke dalam akaun semasa milik Miracle Fortune Trends Enterprise di Maybank Islamic Berhad, dua akaun simpanan dan semasa milik isterinya di Malayan Banking Berhad dan Hong Leong Bank Berhad serta dua akaun semasa milik Fickle Sdn Bhd di Public Bank Berhad.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Teh, 47, sebagai pemilik tunggal dan pengawal kepada Miracle Fortune dan pengarah Fickle menerima wang berjumlah RM3,753,805.28, melalui akaun semasa milik Miracle Fortune di Maybank Islamic Berhad dan dua akaun semasa milik Fickle di Public Bank Berhad.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, wanita itu didakwa menerima wang berjumlah RM2,326,117.47 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di akaun simpanan miliknya di Malayan Banking Berhad dan akaun semasa miliknya di Hong Leong Bank Berhad.
Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic cawangan Queensbay Mall, Bayan Lepas di Pulau Pinang; di Maybank cawangan Sunway Giza, Petaling Jaya;di Hong Leong Bank cawangan Pulau Tikus di Pulau Pinang dan di Public Bank cawangan Relau di Pulau Pinang, antara 7 Jan 2020 hingga 11 Nov 2021.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut perenggan 4(1)(a) dan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti 2001.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun, dan boleh didenda sehingga lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana lebih tinggi.
Di hadapan M. Bakri, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti (SC), Nurul Rafeeza Hamdan menawarkan jaminan RM800,000 dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri kepada Pegawai Penyiasat SC sebulan sekali.
Sementara itu di hadapan Kamarudin, Timbalan Pendakwa Raya SC, Muhammad Izzat Fauzan menawarkan syarat yang sama untuk jaminan.
Peguam kedua-dua tertuduh, Lim Kon Keen, memohon agar anak guamnya dikenakan jaminan rendah memandangkan Tan telah bankrap manakala isterinya tidak bekerja dan kesemua akaun bank milik mereka telah dibekukan oleh pihak berkuasa.
Mahkamah kemudian membenarkan Tan dijamin RM400,000 manakala isterinya RM500,000 berserta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC sebulan sekali selain menetapkan tarikh sebutan semula pada 16 Jan tahun depan.
Sementara itu, di hadapan Kamarudin, peniaga Muhamad Afiq Md Isa, 34, mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan terlibat dalam aktiviti haram membabitkan wang berjumlah RM1,228,070.88.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa sebagai pemilik tunggal dan pengawal Pelham Blue Enterprise serta pengarah PBF Resources Sdn Bhd menerima wang berjumlah RM1,228,070.88 milik pelanggan di akaun semasa milik dua syarikat itu di Malayan Bank Berhad dan Maybank Islamic Berhad.
Bagi pertuduhan ketiga hingga kelima, Muhamad Afiq didakwa memindahkan wang berjumlah RM640,647.79 daripada akaun semasa milik Pelham Blue di Malayan Banking Berhad dan PBF Resources di Maybank Islamic Berhad ke dalam tiga akaun simpanan miliknya masing-masing di Maybank Islamic Berhad, Malayan Banking Berhad dan Public Islamic Bank Berhad.
Tertuduh didakwa dengan pertuduhan keenam hingga ketujuh iaitu memindahkan wang berjumlah RM286,232.99 daripada akaun simpanan miliknya di Maybank Islamic Berhad ke satu akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh di Permodalan Nasional Berhad dan ke akaun margin miliknya di CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Dataran Maybank, Bangsar; di Public Islamic Bank cawangan Kota Damansara dan di Maybank cawangan Seremban, antara 20 Mei 2020 hingga 25 Okt 2021, mengikut akta sama.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM80,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC sebulan sekali selain menetapkan tarikh sebutan semula pada 16 Jan tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022
Sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Sesyen hari ini, masing-masing atas lima pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM6 juta, dua tahun lalu. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Vivy Yusof dan suami akan didakwa atas pecah amanah Khamis ini
SPRM akan membuat pertuduhan ke atas pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Suami isteri, rakan didakwa edar dadah lebih 50 kilogram
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 51,974 gram.
Suami isteri didakwa perdagang tiga wanita ke Yaman
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga wanita tempatan ke Yaman, sejak Mei tahun lepas.
Dua beradik warga India bebas pertuduhan bunuh suami isteri
Dua beradik warga India terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh sepasang suami isteri.
Suami isteri didakwa tawar skim pelaburan tanaman halia tidak berdaftar
Tang dan Tan didakwa menerusi Asiana Bestari menawarkan kepada dua beradik untuk menjadi peserta dalam skim pelaburan yang tidak berdaftar.
Suami isteri antara tiga ditahan miliki, edar ganja
Sepasang suami isteri antara tiga individu ditahan disyaki memiliki 14.4 kilogram dadah jenis ganja dianggar bernilai RM49,200.
Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Tarik tudung isteri hingga tertanggal hanya kerana minta beli gincu
Sebuah rakaman yang menjadi tular menunjukkan seorang lelaki tergamak menarik tudung isterinya hanya kerana mangsa meminta gincu.
Polis Terengganu rampas dadah lebih 6 kg bernilai hampir RM800,000
Polis Terengganu menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah pelbagai jenis seberat 6.3 kilogram (kg) bernilai RM768,000 dalam satu serbuan di Taman Permint Jaya Fasa 4, Jalan Kubang Ikan.