awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri direman bantu siasatan salah guna kuasa

Bernama
Bernama
24/07/2023
06:03 MYT
Suami isteri direman bantu siasatan salah guna kuasa
Pasangan itu masing-masing ditahan pada 6 petang dan 3.30 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.- Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri direman selama tiga hari sehingga Rabu ini, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam proses mendapatkan perolehan kerja melibatkan nilai ratusan ribu ringgit.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
Suspek yang juga penjawat awam berusia 30-an disyaki mengesyorkan syarikat milik ibu bapanya, yang diuruskan oleh isterinya berusia 40-an, bagi mendapatkan perolehan kerja di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu sejak 2019.
Pasangan itu masing-masing ditahan pada 6 petang dan 3.30 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.
Dalam operasi semalam SPRM juga berjaya merampas beberapa kenderaan mewah milik pasangan tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat dan kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM100,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri
#SPRM
#syarikat ibu bapa
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan