awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak enam tahun

Bernama
Bernama
27/05/2014
12:55 MYT
Suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak enam tahun
Jenazah Mohd Akir, 6, dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini. -Foto BERNAMA
Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang disyaki didera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata ibu mangsa, seorang suri rumah berusia 31 tahun ditahan bersama bapa tiri kanak-kanak itu, seorang pemandu teksi berumur 35 tahun, di rumah mereka di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, Ampang, pada 5.30 petang semalam.
Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan kematian mangsa, Mohd Akir Rashidi, yang merupakan anak keempat daripada lima beradik, oleh bapa tirinya.
"Bapa tirinya dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak itu bahawa mangsa tidak sedarkan diri pukul 1 tengah hari semalam sebelum dibawa ke Hospital Ampang.
"Hasil pemeriksaan doktor sahkan mangsa telah meninggal dunia, terdapat kesan-kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#dera
#isteri
#Kanak-kanak
#kematian
#Mohd Adnan Abdullah
#pasangan
#suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan