awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taman Negara Kruger ditutup, banjir maut landa utara Afrika Selatan
Putera Mahkota Iran dalam buangan gesa dunia bantu jatuhkan kerajaan Tehran
[TERKINI] Trump lantik Tony Blair, Jared Kushner sertai ‘Lembaga Keamanan’ Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri durjana samun barang kemas dan jual atas talian

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/07/2019
09:06 MYT
Suami isteri durjana samun barang kemas dan jual atas talian
Zainol Samah (tiga dari kanan) bersama-sama pegawainya menunjukkan antara barangan kemas serta plat kenderaan palsu yang digunakan suspek kes samun baranga kemas. - Gambar Astro AWANI
Meragut dan samun kemudian menjual hasil samun secara atas talian di laman Facebook.
Itu taktik yang digunakan sekumpulan peragut yang aktif melakukan kegiatan samun dan ragut dengan menyasarkan wanita warga emas di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Bagaimanapun, kegiatan jenayah yang didalangi oleh sepasang suami isteri dan sepasang kekasih itu berjaya dipatahkan selepas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang menahan mereka dalam Ops Rentap Sempadan pada pukul 10 pagi Rabu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zainol Samah, kesemua suspek warga tempatan yang berusia antara 27-33 tahun itu ditahan di Lebuh Pantai, di sini dan Pokok Sena, Kedah.
"Modus operandi dalam kes ini mereka mensasarkan wanita warga emas yang berseorangan yang sedang siram pokok bunga (dengan) berpura-pura tanya alamat.
"Ada juga mereka lakukan samun warga emas yang sedang berjalan kaki, ada mangsa berbasikal. (Sasaran) mereka bila jumpa suspek bertindak dan meragut rantai dan suspek gunakan motosikal ditukar jenis Yamaha, kebanyakannya menggunakan nombor plat palsu," kata Zainol Samah dalam sidang media, di sini pada Khamis.
Menurut Zainol, dua wanita yang ditahan itu berperanan menjual barangan kemas yang disamun di laman sosial dengan harga lebih murah berbanding pasaran.
"Kumpulan ini bila samun dan dapat barang kemas hasil mencuri jual (secara) online dan kita minta kepada mereka yang pernah membelinya agar pulangkan kepada polis barangan ini," kata beliau lagi.
Sementara itu, dalam serbuan di Seberang Jaya pula, polis, kata beliau, merampas pelbagai barangan kemas di percayai hasil kegiatan jenayah mereka.
Polis turut merampas sejumlah nombor pendaftaraan motosikal palsu serta 10 bungkusan dadah jenis syabu.
Beliau berkata, keempat-empat suspek yang tidak bekerja itu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan ragut sejak tahun lepas.
Hasil daripada aktiviti jenayah itu juga, mereka menikmati kehidupan yang mewah dengan pendapatan mencecah sehingga RM10,000 sebulan.
Bahkan, Zainol berkata, kesemua suspek juga sering berpindah-randah bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan oleh polis.
Siasatan polis juga, jelas Zainol, mendapati suspek mengaku terlibat dalam 34 kes kegiatan samun serta ragut di Pulau Pinang, Kedah serta Perak.
Hasil ujian air kencing juga mendapati pasangan kekasih itu positif.
Kesemua suspek kes samun itu direman sehingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 394 / 395 Kanun Kesiksaan, sabit kesalahan pesalah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan sebatan.
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#ragut
#samun
#samun barang kemas
#suami isteri
#Suami isteri durjana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan