awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan kuota penggajian pekerja asing mulai 19 Januari - KDN
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri jual pau RM1 bagi teruskan kelangsungan hidup

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/06/2021
03:22 MYT
Suami isteri jual pau RM1 bagi teruskan kelangsungan hidup
Khairul Aziman berkata pau yang dijual dengan harga RM1 bukan untuk mencari keuntungan semata-mata namun mereka juga berniat untuk beramal. - Astro AWANI
KEMAMAN: Bagi meneruskan kelangsungan hidup dikala pandemik COVID-19 melanda, sepasang suami isteri dari Kemaman menjual pau berharga RM1 sahaja.
Khairul Aziman Mohd Zin dan isterinya, Norhamiza Halim yang sebelum ini berniaga mee kawah di pasar malam sekitar daerah Kemaman dan Kuantan, Pahang terpaksa menutup perniagaan berkenaan.
Kesukaran yang dialami itu memaksa pasangan berkenaan nekad untuk menjual kuih pau RM1 di tepi jalan selepas kehilangan punca rezeki akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Untung tu sedikit sahaja tetapi saya oleh kerana saya fikir ramai yang juga yang terkesan, saya redha.
"Janji buat masa ini saya masih ada pendapatan dan pada masa yang sama dapat membantu orang ramai dengan harga pau murah ini," katanya.
Khairul Aziman berkata pau yang dijual dengan harga RM1 bukan untuk mencari keuntungan semata-mata namun mereka juga berniat untuk beramal dan bersedekah setelah melihat penderitaan sesetengah masyarakat yang terkesan akibat kehilangan kerja sejak PKP dilaksanakan.
Katanya sebelum PKP penuh dilaksanakan dia dapat menjual kira-kira 800 biji pau sehari menggunakan 25 kilogram tepung, tetapi semenjak semua pasar malam tidak dibenarkan beroperasi dia hanya mampu menjual separuh daripada jumlah tersebut.
Bapa kepada dua anak yang berusia 10 dan enam tahun itu berkata, pau yang dihasilkan mempunyai pelbagai perisa termasuk inti rendang daging, ayam, coklat, Carbonara, kaya, jagung, sambal bilis, sardin, kelapa dan kacang merah dijual dengan harga hanya RM1 bagi sebiji pau berbanding RM2 sebelum ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKP
#PAU
#jual
#untung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan