awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
PSM mahu teruskan rentak cemerlang skuad takraw
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut, bayi cedera kemalangan di Kota Tinggi

Bernama
Bernama
16/11/2025
11:30 MYT
Suami isteri maut, bayi cedera kemalangan di Kota Tinggi
Sepasang suami isteri maut manakala bayi berusia enam bulan cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi hari ini. - Foto Facebook IPD Kota Tinggi
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri maut manakala bayi berusia enam bulan cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari dan pemandu lelaki berusia 24 tahun serta wanita 28 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Bayi perempuan yang duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak cedera di kepala dan sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah lori kelapa sawit tanpa muatan, sebelum serpihan kemalangan terkena Toyota Vios
Bagaimanapun, pemandu lori berusia 47 tahun hanya cedera ringan manakala lelaki 46 tahun yang memandu Vios tidak cedera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri
#kemalangan tiga kenderaan
#Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi
#Perodua Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami