GERIK: Pasangan suami isteri maut setelah kereta yang mereka naiki terbabas lalu bertembung sebuah pacuan empat roda di Kilometer 76, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat sini semalam.
Mangsa, Mohd Azmi Imas, 47, dan isteri, Rohani Abdullah, 47, yang mengalami kecederaan parah disahkan dan maut di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, dua anak mereka yang turut berada di dalam kereta, masing-masing berusia 14 dan 18 tahun, mengalami kecederaan patah tangan kiri dan luka pada tangan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.45 petang ketika mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Berang, Terengganu selepas menghantar anak mereka belajar di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, nahas melibatkan kereta jenis Nissan Latio dinaiki keluarga berkenaan dengan sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.
Menurutnya, ketika kejadian, kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli manakala pacuan empat roda pula dari arah bertentangan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar kenderaan pacuan empat roda.
"Nahas itu mengorbankan mangsa dan isterinya manakala pemandu dan dua penumpang Mitsubishi Triton pula tidak cedera," katanya di sini hari ini.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 10 2022

Mangsa, Mohd Azmi Imas, 47, dan isteri, Rohani Abdullah, 47, yang mengalami kecederaan parah disahkan dan maut di lokasi kejadian. - Foto media sosial

Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

Tawar wanita untuk dikahwini antara pendekatan tarik pembabitan anak muda dalam kumpulan radikal - GPM
Kebiasaanya anak muda yang sedang dalam proses mencari identiti lebih senang dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang sering memanipulasikan keadaan tersebut.

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4445/4460 berbanding dolar AS daripada 4.4545/4570 pada Rabu.

Pasangan suami isteri ditahan disyaki seludup syabu bernilai RM670,000
Rampasan dibuat ekoran penahanan dua rakyat tempatan ketika mereka sedang memindahkan dadah 15.88 kg itu dari kereta ke sebuah bot.

Edar dadah: Pasangan suami isteri, dua anak antara enam individu ditahan
Mereka disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM328,385 di sekitar Lembah Klang, pada Isnin lepas.

Pukul anak angkat: Pengasas kosmetik dan suami didenda RM20,000 seorang
Pengakuan bersalah dibuat warga tempatan Amira Hamzah dan suaminya, Mohd Fitri Jasman, dari Singapura.

Suami isteri dera kanak-kanak perempuan didakwa esok
Sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kes dera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Jumaat lepas, akan didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, dekat sini, esok.

Suami isteri diberkas, dadah lebih RM2 juta dirampas
Nilai keseluruhan dadah lebih RM2 juta yang boleh digunakan 200,000 orang penagih.

Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak perempuan
Sepasang suami isteri ditahan di Beranang, Hulu Langat bagi membantu siasatan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Suami isteri bawa 45 pucuk pistol ditahan di lapangan terbang
Kedua-dua yang ditahan dikenali sebagai Jagjit Singh dan Jaswinder Kaur yang merupakan pasangan suami isteri.

Suami isteri direman bantu siasatan tuntutan palsu RM1.18 juta
Pasangan itu ditahan petang semalam di pejabat SPRM Melaka selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mengemukakan tuntutan palsu.

Warga emas ditahan disyaki bunuh abang, kakak ipar
Suspek berusia 61 tahun itu diberkas di Genting Highlands, Pahang, pada jam 7.45 malam Khamis.

Identiti suami isteri dibunuh dikenal pasti, adik mangsa diburu
Adik lelaki kepada mangsa dikatakan menghilangkan diri dengan sebuah kereta Proton Saga milik kakak iparnya.