AMPANG: Seorang ibu yang bingung dengan kengganan anaknya untuk terus bersekolah di sebuah pusat tahfiz di sini akhirnya menemukan jawapan yang memeranjatkannya.
Hajatnya agar anak itu diasuh dengan didikan agama yang sempurna dibalas dengan tangisan si kecil yang mengadu ditumbuk di tengkuk selain dirotan di pusat tahfiz itu.
Insiden itu dilaporkan ibu berkenaan kepada polis pada Jumaat lalu selepas melihat kecederaan di seluruh tubuh anaknya yang membawa pada penahanan dua orang suspek.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berdasarkan laporan berkenaan, siasatan pihaknya mendapati pusat pendidikan agama itu bukan hanya mendera pelajar, bahkan turut beroperasi secara haram.
Mohamad Farouk berkata, asalnya wanita itu berjumpa dengan anaknya pada hari sama laporan polis dibuat untuk membayar yuran di pusat tahfiz berkenaan.
"Semasa berjumpa anaknya, pengadu mendapati anaknya berada di dalam keadaan ketakutan dan menangis sambil memeluknya dan menyatakan hasrat tidak mahu bersekolah di situ lagi.
"Pengadu membawa anaknya balik ke rumah dan diberitahu anaknya bahawa suspek telah menumbuk belakang tengkuknya malah dipukul dengan rotan di bahagian kaki dan tangan sehingga kecederaan di seluruh tubuh badannya. Siasatan juga mendapati isteri suspek ada menampar mangsa di pipi sebanyak empat kali,” kata Mohamad Farouk dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pusat tahfiz di Taman Tun Abdul Razak, di sini, jelas beliau, diusahakan sepasang suami isteri masing-masing berusia 32 dan 52 tahun sejak Oktober 2020.
Sehubungan itu, beliau berkata, pasangan berkenaan yang juga suspek telah ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada Isnin bagi membantu siasatan.
Selain itu, polis juga, katanya, menyelamatkan lapan lagi pelajar lelaki berusia tujuh hingga 15 tahun yang turut mendakwa didera oleh kedua-dua suspek itu.
Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, pengadu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut," jelasnya.
Tambah Mohamad Farouk, semakan ke atas pusat tahfiz itu tidak mempunyai sebarang lesen daripada kerajaan tempatan dan tiada kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Afiezy Azaman
Tue Apr 27 2021
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pemilik pusat tahfiz yang dibuka sejak Oktober 2020 itu ialah pasangan suami isteri.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun kerana dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya pada Sabtu.
Polis siasat penyanyi dakwa dirakam penguat kuasa PBT ketika sedang diurut
Polis menjalankan siasatan berhubung seorang penyanyi rap yang mendakwa dirinya dirakam ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lalu.
Polis tahan pengurus restoran, guna peralatan hidangan papar gambar pemimpin Komunis
Polis telah menyerbu restoran tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pengurus restoran terbabit.
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.