awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami maut, isteri cedera parah kemalangan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
16/05/2022
11:00 MYT
Suami maut, isteri cedera parah kemalangan
Hasrat sepasang suami isteri untuk menunaikan ibadah umrah pada November ini, tidak kesampaian selepas terlibat dalam nahas motosikal.
MELAKA: Hasrat sepasang suami isteri untuk menunaikan ibadah umrah pada November ini, tidak kesampaian selepas terlibat dalam nahas motosikal di Jalan Paya Ikan, di sini petang tadi.
Insiden itu mengakibatkan mangsa Kamaruddin Karim, 57, maut di lokasi kejadian manakala isterinya Linda Awal, 43, parah dipercayai patah tulang rusuk kiri.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, motosikal jenis Honda Wave dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
“Disyaki kejadian berlaku atas unsur jalan basah kerana cuaca hujan yang mana penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pembonceng yang juga isterinya mengalami kecederaan parah.
“Hasil siasatan mendapati kenderaan ditunggangi mereka bergerak lurus dari arah lampu isyarat Duyong menghala ke Paya Ikan sebelum motosikal itu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan dan jatuh berdekatan kawasan rumput di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut ujarnya, proses bedah siasat terhadap Kamaruddin yang juga kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dijangka dilakukan pada esok selepas mendapat keputusan ujian calitan COVID-19.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat yang mana kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pembonceng wanita pula dibawa ke Zon Merah, hospital sama untuk rawatan dan siasatan lanjut berkenaan insiden ini sedang dijalankan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#suami maut
#isteri cedera parah
#kemalangan
#nahas motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan