KUALA LUMPUR: Cabaran ekonomi pada tahun 2023 banyak memberi impak kepada sikap pengguna dalam berbelanja. Realitinya, menentukan keutamaan perbelanjaan isi rumah perlu dibuat dengan sebaiknya.
Bagaimana perbelanjaan seisi rumah untuk menampung keluarga dapat dilakukan tanpa menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia, Astro AWANI mengajukan soalan berikut, "Pantau harga: Kos apa yang meresahkan anda?" bagi kami melihat sejauh mana responden terkesan dengan peningkatan beberapa sektor ekonomi di negara ini.
Tiga pilihan jawapan yang disediakan Astro AWANI ialah makanan, pengangkutan dan perubatan
Daripada 1,521 responden, 85 peratus atau 1,294 memilih makanan menjadi keresahan utama mereka.
Dalam pada itu, 11 peratus bersamaan 171 responden menjawab perubatan, manakala empat peratus atau 56 responden menjawab pengangkutan.
Keputusan ini diperoleh setakat jam 6 petang tadi.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama ahli politik, penganalisis dan badan-badan bukan kerajaan.
Kebiasaannya, soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Astro AWANI turut menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di platform media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI serta imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Irfan Faruqi
Sat Jan 14 2023
85 peratus responden memilih peningkatan kos makanan yang menjadi punca utama keresahan mereka. - fotoBERNAMA
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
#SuaraMalaysia: 76 peratus mahu harga barang jadi tumpuan dalam Belanjawan 2024
Menjelang Belanjawan Madani 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini, Astro AWANI ingin mendapatkan pandangan anda menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia.
#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup terus jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.
#SuaraMalaysia: Kos barangan makanan terus jadi keresahan utama
85 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi ketika ini.
#SuaraMalaysia: 85 peratus resah dengan kos makanan
Sememangnya situasi ekonomi yang tidak menentu memberi impak langsung terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.
#SuaraMalaysia: 85 peratus pilih peningkatan kos makanan paling meresahkan rakyat
Cabaran ekonomi pada tahun 2023 banyak memberi impak kepada sikap pengguna dalam berbelanja. Realitinya, menentukan keutamaan perbelanjaan isi rumah perlu dibuat dengan sebaiknya.
#SuaraMalaysia: 48 peratus pilih tidak pakai pelitup muka
Kami meneruskan undian #SuaraMalaysia dengan bertanyakan pembaca Astro AWANI sama ada bersetuju atau sebaliknya agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
#SuaraMalaysia: 71 peratus rakyat fokus tadbir urus kerajaan
Didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus, 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi.
#SuaraMalaysia: Majoriti mahu gaji menteri turut dipotong
Adakah hanya Perdana Menteri yang tidak mengambil gaji? Bagaimana pula dengan jemaah menterinya nanti?
#SuaraMalaysia: Siapa PM ke-10? Keputusan tinjauan Astro AWANI setakat 2 petang
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului dengan undian dengan 56 peratus undi.
#SuaraMalaysia: Esok nak undi siapa? 93 peratus sudah buat keputusan
Kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.