awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup terus jadi tumpuan

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2023
10:25 MYT
#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup terus jadi tumpuan
Daripada 1,043 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia, didapati 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka. - Gambar hiasan
TIDAK sampai sebulan lagi sebelum Bajet 2023 dibentangkan, pelbagai rungutan dan kegelisahan rakyat terhadap isu kos sara hidup disuarakan di pelbagai platform termasuk media sosial.
Daripada harga makanan sehingga ke kos keperluan lain, isu itu terus dibangkitkan rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik dan dalam masa sama berharap ekonomi negara stabil.
Sehubungan itu, melalui kaji selidik #SuaraMalaysia, kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI. Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam Ahad - Menjelang Bajet 2023, apa tumpuan anda?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 5.51 petang Selasa.
Daripada 1,043 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.
Sebanyak 22 peratus memilih subsidi, manakala baki 21 peratus memfokuskan pada cukai.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#subsidi
#rakyat Malaysia
#SuaraMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan