Suasa Airlines Sdn Bhd perlu mendapatkan Permit Perkhidmatan Udara (ASP) penuh daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sebelum mengendalikan sebarang operasi pengangkutan udara komersial.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, walaupun Suasa Airlines telah menerima ASP sementara pada 15 Dis, 2015, namun setakat ini tiada ASP penuh dikeluarkan kepada syarikat berkenaan sehingga hari ini.
"Suasa juga telah memohon Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada DCA pada 18 Jan, 2016. Selepas menjalankan audit dan pemeriksaan ke atas kemampuan teknikal Suasa, DCA telah mengeluarkan AOC pada 22 Julai, 2016.
"Suasa Airlines tidak boleh mengendalikan sebarang operasi pengangkutan udara komersial tanpa kelulusan AOC dan ASP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azharuddin berkata jabatan itu juga tidak mengeluarkan sebarang AOC kepada Monspace Airlines atau Monspace Sky Airlines.
"Bagaimanapun, pesawat SUASA Airlines dilabel dengan 'Monspace SUASA Airlines' dan www.monskyways.com," katanya.
Beliau berkata DCA akan mengeluarkan arahan supaya Suasa Airlines menjelaskan perkara berkenaan.
Sebelum ini dilaporkan, syarikat penerbangan swasta itu, yang kini beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah melancarkan penerbangan sulung dari KLIA ke Langkawi pada Jumaat.
Bernama
Tue Jul 26 2016
Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, walaupun Suasa Airlines telah menerima ASP sementara pada 15 Dis, 2015, namun setakat ini tiada ASP penuh dikeluarkan kepada syarikat berkenaan sehingga hari ini.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah.
MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370
Berikutan keputusan itu, MAB kini tidak lagi merupakan defendan dalam saman yang difailkan pada 3 Mac 2016 oleh para waris 32 penumpang.
Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj
DCA masih tidak boleh memastikan punca masalah pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke Langkawi pada Jumaat disabotaj atau sebaliknya.
Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Tiada apa yang baharu daripada pertemuan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dengan pengendali Seabed Constructor di Perth, Australia.
Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Azharuddin berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP
AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.
Bukan semua dron perlu kelulusan DCA
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.
Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada DCA.
Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan GT500 yang terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka pagi semalam tidak mendapat kebenaran terbang dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Pesawat terhempas di Sungai Rambai, juruterbang maut pembantu cedera parah
Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka.