awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suasana berbeza sambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai - PM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/05/2020
14:33 MYT
Suasana berbeza sambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai - PM
Muhyiddin berharap medan penyatuan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara ini. - Bernama
Sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, dua perayaan penting di Sabah dan Sarawak pada Sabtu dan Isnin ini dilihat masih boleh diraikan dalam suasana meriah biarpun tanpa sambutan seperti kebiasaannya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tetap akan menjadi medan penyatuan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini tentunya disambut dalam suasana berbeza kerana kita masih berjuang menentang penularan pandemik COVID-19.
"Namun, saya harap situasi itu tidak menghalang kita daripada berhubung sesama ahli keluarga dan sahabat handai untuk menyatakan kegembiraan menyambut perayaan ini," kata beliau menerusi satu entri di Facebook.
Beliau juga menyambut baik acara sambutan Pesta Kaamatan yang akan berlangsung dalam talian.
"Ini amat dialu-alukan supaya tradisi kesyukuran tetap dapat diteruskan dalam 'norma baharu' masyarakat Malaysia.
"Semoga perayaan ini terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama kita," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Hari Gawai
#Muhyiddin Yassin
#perayaan
#Perdana Menteri
#perpaduan
#Pesta Kaamatan
#Sabah
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan