awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
OIC kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suasana hiba, sayu selubungi persemadian mendiang Serbegeth Singh

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
14/01/2022
05:14 MYT
Suasana hiba, sayu selubungi persemadian mendiang Serbegeth Singh
Serbegeth meninggal dunia selepas terjatuh ketika berbasikal di kawasan Ledang, Johor, pada Rabu lalu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Suasana hiba menyelubungi upacara persemadian legenda bola sepak negara, Serbegeth 'Shebby' Singh di Pusat Pembakaran Mayat, Jalan Loke Yew di ibu negara pagi ini.
Sejak dari jam 10.30 pagi, lagu-lagu berirama perlahan dimainkan di pusat ini terutamanya sejurus ketibaan jasad mendiang kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
Kesayuan semakin terasa apabila isteri mendiang, Harbans Kaur dan dua anaknya, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh tiba di upacara tersebut.
Sebaik saja melihat wajah Shebby di dalam keranda, air mata Harbans tidak tertahan lagi, terus gugur membasahi bumi.
Saudara-mara yang berada berdekatan dilihat terus memeluk erat wanita itu, memapahnya ke kerusi sebelum menenangkannya.
Anak mendiang, Natassha juga dilihat sebak, cuma Sonuljit yang dilihat agak kuat dan membantu menguruskan beberapa urusan di upacara tersebut.
Kesayuan semakin terasa apabila isteri mendiang, Harbans Kaur dan dua anaknya, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh tiba di upacara tersebut. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kesayuan semakin terasa apabila isteri mendiang, Harbans Kaur dan dua anaknya, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh tiba di upacara tersebut. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ketika wartawan Astro AWANI mengucapkan takziah kepada Harbans, sekali lagi wanita itu dilihat tidak mampu menahan sebak.
"Saya perlu kuat, untuk anak-anak saya," katanya.
BACA: 'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
[TERKINI] Shebby Singh meninggal dunia
Rakan-rakan dan saudara-mara yang memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang tidak putus-putus melontarkan kata-kata semangat buat Harbans dan dua anaknya.
Serbegeth meninggal dunia selepas terjatuh ketika berbasikal di kawasan Ledang, Johor, pada Rabu lalu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Serbegeth meninggal dunia selepas terjatuh ketika berbasikal di kawasan Ledang, Johor, pada Rabu lalu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Difahamkan, sehingga jam 2.00 petang nanti merupakan upacara penghormatan terakhir buat mendiang daripada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.
Kemudian, bakal diadakan upacara sembahyang selama satu jam 30 minit sebelum upacara pembakaran mengikut adat dan tradisi Punjabi pada jam 4.00 petang nanti.
Serbegeth meninggal dunia selepas terjatuh ketika berbasikal di kawasan Ledang, Johor, pada Rabu lalu.
Topic Berkaitan
#Serbegeth Singh
#Shebby
#meninggal dunia
#legenda bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan