awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RKB KPDN: Kuasa aduan di hujung jari, kelulusan lesen lebih pantas
Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan Krismas di Gua Musang
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suasana sebak, terharu iringi perjalanan pulang pelajar Malaysia terkandas di Mesir

Aza Jemima Ahmad
Aza Jemima Ahmad
17/04/2020
09:09 MYT
Suasana sebak, terharu iringi perjalanan pulang pelajar Malaysia terkandas di Mesir
Pelajar Malaysia terkandas di Mesir lega Malaysia Airlines bawa pulang ke tanah air.
“KEPADA warga negara Malaysia, kami mengucapkan selamat pulang".
Ungkapan keramat itu pasti dinanti-nantikan 285 pelajar perubatan Malaysia di Mesir yang terpaksa menunggu lama untuk pulang ke tanah air disebabkan pelbagai sekatan berpunca daripada pandemik COVID-19.
Reaksi mereka yang kelihatan tersenyum lega sebaik masuk ke dalam pesawat Malaysia Airlines di Kaherah, Mesir, pada 11 April lalu, dikongsi syarikat penerbangan itu serta seorang juruterbangnya di laman Instagram .
View this post on Instagram
Welcome home Flight MH8453. Malaysia Airlines returned to Cairo International Airport in Egypt for the first time since 2006 to repatriate 285 Malaysian tertiary students home to Malaysia on Saturday, 11 April. #FlyBackHome #MalaysiaAirlines #StayStrong
View this post on Instagram
Alhamdullilah, all praised to Almighty Allah, the mission to bring stranded Malaysian students back home was successful. After 72 hours, all are cleared from Covid 19. Remember guys, you’re our future, our frontliners. There will be time when your turn will come to serve this great nation! #malaysianairlines #mhcrew #mhfamily #covidmission #covid #cairo #medicmesir
A post shared by NorazmanMahmud (@norazman1969) on
Apr 14, 2020 at 6:20am PDT
Rata-rata netizen yang terharu melihat rakaman itu, memuji dan meninggalkan pelbagai komen positif di akaun laman sosial syarikat penerbangan itu dan juruterbangnya dikenali sebagai, Kapten Norazman Mahmud.
Mereka menyatakan rasa bangga dengan usaha dilakukan Malaysia Airlines, selain juruterbang serta kru kabin yang kelihatan ikhlas melaksanakan misi berkenaan.
“Saya sungguh bangga dengan Malaysia Airlines,” ucap atlet kebangsaan, Pandalela Rinong menerusi komen di akaun Instagram Malaysia Airlines.
“Alhamdulillah, misi untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir berhasil,” kata Kapten Norazman Mahmud yang mengetuai misi berkenaan menggunakan pesawat MH8453 menerusi laman Instagram beliau.
“Ingatlah, kalian adalah masa depan kita, anda adalah pejuang barisan hadapan negara,” tambah beliau lagi.
Selain Mesir, Malaysia Airlines turut terbabit dalam beberapa misi penerbangan khas bertujuan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Terdapat seramai 485 lagi pelajar di Mesir akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dalam penerbangan akan datang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Instagram
#KLIA
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#Mesir
#perubatan
#students
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan