Astro Publication
Mon Jun 22 2015
Pada 10 Julai 2015 yang akan datang, Subaru akan memperkenalkan model Impreza Sport Hybrid yang terbaharu di bilik-bilik pameran jenama tersebut di Jepun. Ini hanya adalah model kedua Subaru yang menggunakan teknologi hibrid, selepas model XV Hybrid yang dilancarkan pada tahun 2013.
Ia dikatakan mampu untuk mencatat kadar penggunaan petrol sebanyak 20.4km/liter (ataupun 4.9 liter/100km) berdasarkan mod JC08 Jepun. Kecekapan ini tentunya akan dipadankan dengan kelincahan yang dapat diharapkan daripada Subaru melalui pusat graviti rendah hasil penggunaan sistem pacuan semua roda simetrikal (S-AWD).
Gabungan motor elektrik dan enjin ‘Boxer’ 2.0-liter dilengkapkan dengan kotak gear CVT Lineartonic untuk memaksimumkan potensi hibrid.
Impreza Sport Hybrid ini mendapat sedikit perubahan fizikal, termasuk pada bahagian hadapan menerusi penggayaan untuk menekankan jentera yang lebih lebar dan rendah khusus untuk gred hibrid. Selain itu model ini dipasang dengan tayar lebih lebar bersaiz 215/50R/17 (saiz standard adalah 205/50R/17).
Teknologi EyeSight dibangunkan Subaru akan menjadi ciri standard. Ia akan berfungsi seiring dengan sistem hibrid; seterusnya ini akan mempengaruhi sistem Adaptive Cruise Control untuk memaksimakan pemanduan berkuasa elektrik.
Subaru berharap akan dapat menjual sehingga 500 unit Subaru Sport Impreza ini sebulan. Harga jualan (tanpa pengecualian cukai eco-car) bermula pada 2,505,600 Yen, atau sekitar RM76,300. Namun, buat masa ini ia hanya akan dijual di dalam pasaran Jepun.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Subaru Impreza Sport Hybrid dilancarkan Julai ini. Hanya untuk pasaran Jepun
Dikatakan mampu mencapai tahap penggunaan petrol serendah 4.9 liter/100km#