Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan beliau tidak pernah bertemu Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel untuk membincangkan krisis MIC secara terperinci.
Beliau berkata banyak percubaan beliau untuk bertemu presiden MIC itu gagal "kecuali pertemuan singkat kami pada mesyuarat Kabinet".
"(Bagaimanapun) Terdapat laporan dalam akhbar tentang perbualan khayalan antara presiden parti dan saya yang ditulis oleh beberapa wartawan yang sangat imaginatif," katanya dalam kenyataan di sini pada hari Ahad.
Dr Subramaniam berkata pada 7 Jan, beliau ada meminta untuk bertemu Palanivel, yang dipersetujui presiden parti selepas mesyuarat Kabinet. Bagaimanapun perjumpaan itu tidak menjadi kenyataan.
"Kemudian, kami bertemu pada mesyuarat Kabinet dan kami bertukar-tukar kenyataan dan sekali lagi, saya mengulangi tentang keperluan untuk mencari penyelesaian holistik kepada masalah ini dan kesediaan saya untuk bekerjasama menyelesaikan masalah ini, sejajar dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya.
Pada mesyuarat Kabinet itu, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata Palanivel hanya memberi perhatian untuk mengadakan dua pemilihan, satu pada 2015 dan satu lagi pada 2016, tetapi tidak berkongsi pandangan beliau tentang bagaimana untuk mengatasi masalah itu.
Pada 5 Dis 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.
ROS juga meminta parti itu mengadakan pemilihan semula di lapan bahagian iaitu Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin dalam tempoh 60 hari.
ROS juga mengarahkan supaya pemilihan semula diadakan dalam tempoh 30 hari bagi jawatan timbalan pengerusi Batu Kawan, pengerusi bahagian Kota Raja, pengerusi bahagian Tanjung Malim dan pengerusi cawangan Taman Koperasi Polis.
Dua cawangan iaitu Merlimau Utara dan Rumah Pangsa Pekeliling Selatan, juga diarah untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 30 hari.
ROS juga menasihatkan MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan.
Bernama
Sun Jan 18 2015
SUBRAMANIAM: Terdapat laporan dalam akhbar tentang perbualan khayalan antara presiden parti dan saya yang ditulis oleh beberapa wartawan yang sangat imaginatif.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Azmin Ali jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya malam ini?
Kesemua mereka dipercayai berada di rumah itu sejak jam 7 petang dan kelihatan meninggalkan kediaman Timbalan Presiden PKR itu pada jam 11 malam.
Penyanyi Miley Cyrus terkedu, menangis bertemu Hillary Clinton
Penyanyi popular antarabangsa, Miley Cyrus rakam rasa terujanya apabila ditemukan dengan idolanya, Hillary Clinton, dalam rancangan bual bicara Tonight Show, baru-baru ini.
Impian 24 tahun seorang pemuda bertemu Tun Mahathir suntik semangat netizen
Impian selama 24 tahun oleh seorang lelaki untuk bertemu idolanya iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya jadi kenyataan.
Subramaniam tidak pernah bertemu Palanivel bincang krisis MIC
Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan beliau tidak pernah bertemu Datuk Seri G. Palanivel untuk membincangkan krisis MIC secara terperinci.