Pemberian subsidi bersasar yang dilaksanakan kerajaan pada ketika ini telah memberi impak positif kepada golongan yang memerlukan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelas Perdana Menteri, menerusi program Jom Bantu Rakyat yang dimulakan pada tahun ini, ia dilihat bukan sahaja meningkatkan taraf ekonomi golongan sasar malah membangunkan infrastruktur setempat.
"Program Jom Bantu Rakyat ini satu program dan satu jenama yang semakin diterima oleh rakyat.
"Program ini saya harap akan berterusan. Jadi jika ada mana-mana rakyat yang memerlukan bantuan, kita boleh persesuaikan bantuan itu.
"Kalau hendak perbaiki rumah dan perlukan zink, kita boleh gantikan zink, kalau perlukan perabot, kita beri perabot, kalau surau sudah usang kita boleh perbaiki. Itu konsep Jom Bantu Rakyat diselaraskan oleh ICU dan ini pendekatan baharu Kerajaan yang saya kata supaya bantuan itu lebih tersasar," katanya pada pelancaran program tersebut peringkat Kuala Selangor di SK Ijok di sini hari ini.
Ujar Najib, golongan sasar seperti nelayan telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi dua kali ganda jika dibandingkan pemberian subsidi pukal yang dilaksanakan sebelum ini.
"Misalnya, apabila saya berikan peruntukan RM1.5 juta untuk jadikan Kampung Sembilang itu sebagai hub nelayan, apa yg berlaku adalah nelayan boleh menjadi orang yang menjual hasil laut dan bukan lagi nmelalui orang tengah.
"Dengan ini nelayan akan dapat peningkatan pendapatan dua kali ganda daripada dahulu dan ini sedang berlaku kerana Kerajaan keluarkan
peruntukan RM1.5 juta buat jeti dan hub nelayan di Kuala Selangor," katanya.
Sebagai rangsangan bagi meningkatkan sektor perikanan di Kuala Selangor, Najib turut mengumumkan tambahan RM1.5 juta bagi pembangunan hub nelayan Kampung Sembilang.
Pada majlis sama, Najib turut beramah mesra selain makan tengah hari bersama penduduk setempat selepas melakukan program separuh hari di daerah itu.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Feb 03 2017
PM Najib diberi penerangan oleh pemilik gerai ikan Imran Muhamad, 60, (dua, kanan) dan isteri Junaidah Sukardi, 56 (tiga, kanan) ketika meninjau aktiviti nelayan di Pangkalan Nelayan Sungai Sembilang hari ini. - Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Jualan Rahmah bantu rakyat sambut Ramadan, Aidilfitri
PJR Ramadan dilaksanakan di 450 lokasi seluruh negara, yang dibuka secara berperingkat dan masih mengekalkan jualan barangan keperluan asas.
MAIPs peruntuk RM8.9 juta untuk bantuan persekolahan 2024
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis peruntukkan RM8,920,800 bagi bantuan persekolahan 2024 kepada anak-anak golongan asnaf di seluruh Perlis.
Pasor Percuma Ganu Kite! bantu golongan kurang berkemampuan
Sekumpulan sukarelawan mengadakan pasar percuma yang memberi peluang kepada pengunjung dapatkan pelbagai barangan tanpa sebarang bayaran.
Sultan Mizan seru rakyat bersyukur akan kemakmuran, kedamaian di Malaysia
Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa cakna atas keperluan rakyat yang terkesan akibat banjir dan COVID-19.
Suara rakyat: Cadangan bantuan bulanan untuk kanak-kanak disifat kena pada masanya
Adzlizah Amat, 41, menyambut baik cadangan yang dikemukan oleh KRI memandangkan ia akan memberi manfaat besar kepada golongan senasib dengannya.
Hameediyah sumbang makanan dengan mengimbau nostalgia mengandar nasi
Hameediyah mengembalikan nostalgia kepada pelanggan dan generasi muda mengenai cara unik hidangan itu dijual suatu ketika dahulu.
Henti pertikai bendera putih, fokus beri bantuan - Asyraf Wajdi
Daripada terus berpolemik dan mempertikai inisiatif netizen perihal bendera putih, lebih baik sama-sama fokus membantu.
Sultan Muhammad V sumbang RM1 juta bantu golongan asnaf terkesan PKP
Sumbangan RM1 juta itu menggunakan peruntukan yang disediakan oleh MAIK bagi tujuan program bersama baginda sepanjang Ramadan.
Dapur It'am 3.0 dilancar, sasar sifar lapar di Wilayah Persekutuan
Dapur It'am 3.0 akan menyediakan edaran bungkusan makanan bermasak secara percuma kepada golongan sasaran yang memerlukan pada setiap hari.
Jangan politikkan belanjawan berkaitan KPWKM - Hannah Yeoh
Beliau turut menyatakan kekesalan apabila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang mengundi tidak bersetuju pada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya Selasa lepas.