awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet

Bernama
Bernama
26/07/2024
15:37 MYT
Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet
Tengku Zafrul percaya isu itu telah dibangkitkan dan kementerian-kementerian berkaitan akan menjawab berhubung perkara yang dibangkitkan itu. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
BATU KAWAN: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa ke Kabinet keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini.
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata beliau percaya isu itu telah dibangkitkan dan kementerian-kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kewangan akan menjawab berhubung perkara yang dibangkitkan itu.
"Kita sebagai kerajaan dengar walaupun MITI sebenarnya adalah kementerian dalam sektor pembuatan, tetapi kita tetap dengar dan bawa suara mereka ke Kabinet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang keenam Plexus di Bandar Cassia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengusaha bas kilang meminta campur tangan MITI untuk berunding dengan pihak industri agar menyemak semula perjanjian perkhidmatan bas kilang susulan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi dan bas kilang tidak termaktub dalam penyasaran itu.
Jun lepas, lebih 1,200 pengusaha bas pekerja merayu kerajaan mempertimbangkan kemasukan sektor itu dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 susulan kenaikan harga minyak diesel.
Kerajaan menetapkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun 2024 iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ini memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam jangka masa panjang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#Kementerian Kewangan
#harga minyak
#bas kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan