awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subvarian Omicron BA.5 mungkin sudah merebak di Malaysia - Khairy

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/07/2022
08:32 MYT
Subvarian Omicron BA.5 mungkin sudah merebak di Malaysia - Khairy
Sebanyak 13 kes subvarian Omicron dikesan setakat 30 Jun lalu, termasuk lima kes varian Omicron BA.5.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Terdapat peningkatan sebanyak 31 peratus kes COVID-19 bagi tempoh 3 Julai hingga 7 Julai.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, sebanyak 13 kes subvarian Omicron dikesan setakat 30 Jun lalu, termasuk lima kes varian Omicron BA.5.
"Sehingga 30 Jun dan data ini kita sedang kemas kini terdapat 13 kes subvarian Omicron yang kita sedang pantau. Enam kes BA.2 12.1, lima kes BA.5 dan dua kes BA.5.2. Setakat ini tiada kes BA.4.
"Kes-kes ini adalah kes jujukan genom dibuat ke atas kes positif antara Mei dan Jun, jadi kemungkinan BA.5 sudah merebak dengan meluas di Malaysia," katanya dalam sidang media, di ibu negara, hari ini.
Jelas Khairy, BA.5 merupakan subvarian utama yang menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia ketika ini.
Awal hari ini, media melaporkan jangkitan kes baharu COVID-19 melonjak kepada 4,020 kes pada Khamis berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Omicron
#Khairy Jamaluddin
#Omicron sub-lineage
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan