awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah banyak jawatankuasa, masalah tidak selesai - Mogok Doktor Malaysia

Nailah Huda
Nailah Huda
01/04/2023
10:52 MYT
Sudah banyak jawatankuasa, masalah tidak selesai - Mogok Doktor Malaysia
Ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu, seorang wakil daripada kumpulan di sebalik akaun Instagram @mogokdoktormsia berkata, sudah banyak jawatankuasa dan sesi pertemuan diadakan tetapi masalah tidak lagi diselesaikan. - Gambar hiasan/Freepik
KUALA LUMPUR: Mogok masih akan diteruskan oleh doktor-doktor kontrak di serata negara bermula Isnin, meskipun selepas jemaah kabinet bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak pada Jumaat.
Ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu, seorang wakil daripada kumpulan di sebalik akaun Instagram @mogokdoktormsia berkata, sudah banyak jawatankuasa dan sesi pertemuan diadakan tetapi masalah tidak lagi diselesaikan.
“Kami dah kecewa dan hilang kepercayaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Masalah tidak lagi diselesaikan dengan seramai 83 peratus doktor kontrak tidak diberikan jawatan tetap baru-baru ini,” kata wakil tersebut yang dikenali sebagai Dr Jamal.
Dr Jamal yang mendakwa bekerja sebagai seorang pegawai perubatan kontrak di ibu negara, menganggarkan antara 10,000 dan 13,000 petugas kesihatan dijangka menyertai mogok itu dalam tempoh tiga hari bermula 3 hingga 5 April.
Katanya, petugas kesihatan dari serata negara telah menyatakan minat untuk menyertai mogok itu, kebanyakannya di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, pihaknya menyeru agar rakyat mendapatkan perkhidmatan di klinik atau hospital swasta sepanjang tempoh tersebut.
BACA: Isu doktor kontrak: KKM beri peringatan untuk tidak sertai perhimpunan haram
Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata, mogok bukan suatu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani sebarang masalah berkaitan pegawai perubatan.
Justeru, pada 31 Mac, jemaah kabinet bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang menggabungkan beberapa kementerian dan agensi termasuk Ketua Setiausaha Negara bagi menangani isu doktor kontrak.
Topic Berkaitan
#mogok
#Doktor Kontrak
#Dr Zaliha Mustafa
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan