Sudah jadi mangsa pelaburan, pakar perubatan ditipu pula ‘peguam’ rugi lebih RM500,000

Mangsa berusia 67 tahun menerima tawaran pelaburan melalui satu pautan dihantar oleh kenalan di aplikasi TikTok pada penghujung September lalu. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang pakar perubatan kerugian lebih RM500,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto yang diperkenalkan rakan TikTok.
Ringkasan AI
- Pakar perubatan kehilangan lebih RM300,000 selepas ditipu sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto yang diperkenalkan melalui TikTok.
- Mangsa menerima tawaran pelaburan melalui pautan di TikTok, membuat pindahan wang ke akaun syarikat, tetapi gagal menerima keuntungan seperti dijanjikan.
- Mangsa terus ditipu melalui entiti yang menawarkan pemulihan wang sehingga jumlah kerugian mencecah RM529,200; polis menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan tawaran pelaburan di media sosial.
"Bagaimanapun, mangsa gagal mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan.
"Tidak lama kemudian, mangsa terbaca mengenai satu entiti dikenali sebagai International Justice Malaysia (IJM) di Facebook yang kononnya menawarkan khidmat membantu menyelesaikan kes penipuan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, mangsa kemudian berhubung dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai peguam dan diminta membuat beberapa bayaran tambahan bagi tujuan pemulihan wang.
"Akibat urusan tersebut, mangsa sekali lagi mengalami kerugian berjumlah RM209,200, menjadikan jumlah keseluruhan kerugian dialami mangsa mencecah RM529,200," katanya.
Menurut Noor Hisam, mangsa mula berasa ragu-ragu terhadap kesahihan urusan berkenaan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya terhadap sebarang tawaran pelaburan atau perkhidmatan pemulihan kerugian yang ditawarkan melalui media sosial.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran pendahuluan kepada pihak yang tidak dikenal pasti," katanya.
Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penipuan boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997. - Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama kerugian lebih RM500,000 dialami oleh seorang pakar perubatan? A: Mangsa menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto yang diperkenalkan oleh rakan di TikTok.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh mangsa setelah gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan seperti yang dijanjikan? A: Mangsa berhubung dengan entiti International Justice Malaysia (IJM) di Facebook yang kononnya menawarkan khidmat membantu menyelesaikan kes penipuan, sebelum menyedari sekali lagi ditipu.
- Q: Apakah jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh mangsa akibat penipuan tersebut? A: Jumlah keseluruhan kerugian dialami oleh mangsa mencecah RM529,200.
- Q: Mengapakah mangsa disarankan untuk tidak membuat sebarang bayaran pendahuluan kepada pihak yang tidak dikenal pasti? A: Untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran pendahuluan kepada pihak yang tidak dikenal pasti.
- Q: Ke manakah orang ramai boleh salurkan maklumat berkaitan aktiviti penipuan? A: Orang ramai boleh salurkan maklumat berkaitan aktiviti penipuan ke balai polis berhampiran atau menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

