KUCHING: Sudah terlambat bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk meletakkan calon mereka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN) ke-12 Sarawak.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah meletakkan calon di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari setiap parti komponen.
Justeru jelasnya, sudah tidak ada peluang dan ruang yang tersedia buat mana-mana parti daripada Semenanjung untuk bertanding dalam PRN kali ini walaupun GPS mesra Kerajaan Persekutuan.
“Jika GPS bertanding disemua 82 kerusi DUN, saya tidak rasa akan ada lagi kerusi yang tinggal untuk sahabat parti kita dari semenanjung walaupun GPS mesra dengan Kerajaan Persekutuan.
“Mereka mesti menghormati perkara ini dan GPS juga telah meletakkan setiap calon daripada setiap komponen parti yang kita ada (PBB, SUPP, PDP dan PRS).
“Kita telah berbincang bersama calon dari setiap komponen parti siapa yang akan bertanding di DUN berkenaan. Mereka (Bersatu) sudah terlambat,” katanya semasa ditemui pemberita selepas merasmikan flag-off Sarawak Adventure Challenge di Siniawan Bau, pada Ahad.
Tambahnya, penyandang ADUN Krian, Datuk Ali Biju perlu mengikuti pendirian Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang telah mengesahkan tidak akan bertanding untuk dapatkan kerusi di DUN Sarawak dalam PRN ke-12 sebaliknya memberi laluan dan sokongan penuh kepada GPS.
“Datuk Willie Mongin juga akan memberikan sokongan kepada wakil GPS di dalam kawasan Parlimen beliau dan tidak akan bertanding dalam pilihan kali ini, maka ia adalah satu tindakan yang baik yang juga perlu diikuti oleh ahli parlimen atau ADUN yang bukan daripada GPS.
“Saya percaya PRN kali ini, GPS bakal menang bergaya kerana kita tidak bertanding untuk kalah, dan kita berharap rakyat Sarawak atau pengundi di negeri ini mengembalikan mandat itu kepada GPS,” katanya.
Untuk rekod, PRN ke-11 Sarawak, Datuk Ali Biju yang juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu berjaya menewaskan wakil calon Barisan Nasional (BN) Kilat Beriak di DUN Krian dengan majoriti 1,640 undi.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Nov 07 2021
Jelas Abdul Karim, sudah tidak ada peluang untuk mana-mana parti komponen PN daripada Semenanjung untuk bertanding dalam PRN kali ini walaupun GPS mesra Kerajaan Persekutuan. - Foto Astro AWANI
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.