awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhakam puji kerajaan benarkan pelarian bekerja di Malaysia

Bernama
Bernama
12/07/2013
12:59 MYT
Suhakam puji kerajaan benarkan pelarian bekerja di Malaysia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memuji keputusan kerajaan mengeluarkan permit kepada pelarian untuk bekerja di Malaysia.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata langkah positif itu selari dengan seruan suruhanjaya berkenaan yang mahu perlindungan lebih baik diberi kepada pelarian dan pencari suaka di negara ini.
"Suhakam telah banyak menerima aduan tentang isu yang dihadapi pelarian dan pencari suaka, khususnya berkenaan sekatan ke atas hak asasi mereka untuk mendapat pekerjaan, pendidikan formal dan perkhidmatan kesihatan.
"Dari aspek pekerjaan, pelarian sentiasa menderita akibat eksploitasi oleh sesetengah majikan disebabkan status mereka dan permit pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa kerajaan akan berbincang dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan Jabatan Imigresen bagi mempertimbang kemungkinan membenarkan pelarian yang sah bekerja berikutan terdapat keperluan mendesak guna tenaga kerja asing di negara ini.
Selain itu, Hasmy berkata Suhakam berharap kerajaan akan terus merapatkan hubungan kerjasama dengan UNHCR dalam memperbaiki kesejahteraan pelarian.
Beliau berkata ini selaras dengan kedudukan UNHCR sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Hak Asasi Manusia yang bertanggungjawab serta aktif.
"Suhakam juga berharap kerajaan akan mengambil langkah tambahan ke arah menyertai Konvensyen Berkaitan dengan Status Pelarian 1951," katanya.
Topic Berkaitan
#pelarian
#Suhakam
#Tan Sri Hasmy Agam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan