awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhakam zahir kekecewaan terhadap Parlimen

Bernama
Bernama
01/12/2020
20:07 MYT
Suhakam zahir kekecewaan terhadap Parlimen
Sejak pertama kali Laporan Tahunan Suhakam dibahaskan di Parlimen pada 5 Dis 2019, pihak suruhanjaya berharap amalan tersebut diteruskan pada tahun ini dan masa hadapan.
KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kekecewaan kerana Laporan Tahunan SUHAKAM 2019 tidak dibahaskan di Parlimen tahun ini.
Suhakam dalam satu kenyataan semalam berkata, Laporan Tahunan ini mengandungi syor-syor suruhanjaya berkaitan dengan hak komuniti rentan termasuk Orang Asli, wanita dan kanak-kanak, mangsa pemerdagangan manusia, pelarian dan pencari suaka serta pekerja.
"Suhakam mengambil maklum bahawa Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 tidak menyatakan bahawa Laporan Tahunan perlu dibahaskan di Parlimen.
"Bagaimanapun, suruhanjaya berpandangan bahawa adalah penting laporan itu dibahaskan kerana ia akan memberi peluang kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk membincangkan isu hak asasi manusia serta mengesyorkan penyelesaian yang bersesuaian," menurut kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Suhakam turut menggesa pihak kerajaan agar mengiktiraf kepentingan isu hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada urusan kerajaan terutamanya dalam perbahasan Parlimen.
Sejak pertama kali Laporan Tahunan Suhakam dibahaskan di Parlimen pada 5 Dis 2019, pihak suruhanjaya berharap amalan ini akan diteruskan pada tahun ini dan masa hadapan.
Terdahulu, Laporan Tahunan Suhakam 2019 telah dibentangkan di Parlimen pada 4 Nov lepas yang mengetengahkan pelbagai isu hak asasi manusia yang mendesak serta memerlukan tindakan segera kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Suhakam
#Parlimen
#Orang Asli
#Malaysia
#mangsa
#kecewa
#laporan tahunan
#bahas
#hak komuniti rentan
#syor
#pelarian
#kerajaan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan