Skip to main content

Bisnes

24 syarikat pemula mara Grand Final Selangor Triple Accelerator 2026

Sidec
24 syarikat pemula mara ke Grand Final Selangor Triple Accelerator Programme 2026. - Foto Sidec
Advertisement

PUCHONG: Sebanyak 24 syarikat pemula mara ke Grand Final Selangor Triple Accelerator Programme 2026 dengan lapan syarikat masing-masing mewakili tiga trek iaitu Token-X, Deep-X dan Retail-X.

Pemilihan itu dibuat selepas tiga hari sesi pembentangan dan pameran secara langsung menerusi Showcase Days yang berlangsung dari 18 hingga 20 Ogos 2026 di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Yong Kai Ping berkata, kesemua finalis dipilih daripada 90 syarikat pemula yang menyertai program berkenaan, hasil daripada 511 permohonan yang diterima.

“Berada dalam kelompok Top 24 mencerminkan kemajuan, komitmen dan pertumbuhan yang telah ditunjukkan oleh pengasas sepanjang menyertai program ini.

“Mereka telah memperkemas strategi, meningkatkan tahap kesediaan pelaburan dan membina keyakinan untuk membawa usaha niaga mereka ke peringkat seterusnya. 

"Kami tidak sabar untuk melihat mereka mempamerkan perkembangan itu pada Demo Day peringkat akhir,” katanya menerusi sebuah kenyataan media.

Image
Sidec
Finalis Retail-X pula terdiri daripada Real Food Real Good Sdn Bhd, Recharge Xolutions Sdn Bhd, Good Times DIY Pottery & Tufting Lifestyle Studio Sdn Bhd, Ideaholics Sdn Bhd, Blueprinsm Child Development Center (Malaysia), Faswell Sdn Bhd, WB Suppies & Services Sdn Bhd dan Artisan3D Sdn Bhd. - Foto Sidec

Grand Final Demo Day dijadual berlangsung pada 14 Oktober 2026 di Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), bersempena AI & Semiconductor Summit (AiSEM@Selangor).

Pada peringkat akhir itu, peserta akan membentangkan perniagaan dan penyelesaian masing-masing kepada panel juri serta pemain industri sebelum penentuan juara bagi setiap trek.

Sebanyak 12 pemenang akan diiktiraf merentasi ketiga-tiga trek dengan setiap trek menawarkan empat pemenang termasuk seorang juara. Semua pemenang akan menerima trofi dan sijil, selain peluang menyertai lawatan antarabangsa yang menyediakan pendedahan kepada pasaran serantau, ekosistem industri dan peluang pelaburan.

Lawatan itu turut merangkumi padanan perniagaan dan pelabur, lawatan industri serta jaringan strategik bagi menyokong pengembangan dan pertumbuhan perniagaan di peringkat serantau.

Juara bagi setiap trek turut menerima hadiah wang tunai RM20,000.

Bagi Deep-X, lapan finalis ialah Sono Holding Sdn Bhd, Al MSP 365 Sdn Bhd, Sante Solutions, Adventure Global (M) Sdn Bhd, Enygma Technologies Sdn Bhd, Empowered Solutions Sdn Bhd, AloTMission Sdn Bhd dan Leogics Solutions (M) Sdn Bhd.

Finalis Retail-X pula terdiri daripada Real Food Real Good Sdn Bhd, Recharge Xolutions Sdn Bhd, Good Times DIY Pottery & Tufting Lifestyle Studio Sdn Bhd, Ideaholics Sdn Bhd, Blueprinsm Child Development Center (Malaysia), Faswell Sdn Bhd, WB Suppies & Services Sdn Bhd dan Artisan3D Sdn Bhd.

Sementara itu, lapan finalis Token-X ialah BLOX Blockchain Sdn Bhd, e23 Sdn Bhd, Teel Sdn Bhd, Xtractify, Green Energy Network, Rocketegy Enterprise, Mooniverse X Ventures dan Coded Solution Sdn Bhd.

Image
Sidec
Lapan finalis Deep-X ialah Sono Holding Sdn Bhd, Al MSP 365 Sdn Bhd, Sante Solutions, Adventure Global (M) Sdn Bhd, Enygma Technologies Sdn Bhd, Empowered Solutions Sdn Bhd, AloTMission Sdn Bhd dan Leogics Solutions (M) Sdn Bhd. - Foto Sidec

Sejak 2015, Sidec telah bekerjasama dengan lebih 447 syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan program pemecutnya turut membantu perniagaan mendapatkan pendedahan pasaran, membina jaringan serta mengembangkan operasi.

Antara alumni program ialah IGL Coatings yang berjaya mendapatkan pengedar baharu di Bahrain dan Bangladesh serta melancarkan Petronas Graphene Advanced Technology di Las Vegas.

Pengasas Eartheories, Fadz Subari, pula dinamakan antara 10 Ketua Pegawai Eksekutif terbaik Malaysia dalam bidang peruncitan dan e-dagang oleh CEO Insight Asia 2025.

Program Selangor Triple Accelerator 2026 turut mendapat sokongan AFFIN Group sebagai Rakan Perbankan Strategik dan Fiuu sebagai Rakan Pembayaran Strategik, selain rakan global Plug and Play APAC dan Endeavor.

MRANTI bertindak sebagai Rakan Inovasi Strategik, manakala Cradle menyokong ekosistem syarikat pemula tempatan.

Image
Sidec
Lapan finalis Token-X ialah BLOX Blockchain Sdn Bhd, e23 Sdn Bhd, Teel Sdn Bhd, Xtractify, Green Energy Network, Rocketegy Enterprise, Mooniverse X Ventures dan Coded Solution Sdn Bhd. - Foto Sidec

Program itu turut disokong 13 rakan modal teroka termasuk 500 Global, GenAI Fund, The Hive, PNSB, Gobi Partners, Vynn Capital, AppWorks dan Artem Ventures, yang berkongsi kepakaran pelaburan serta pandangan pasaran, selain menyediakan bimbingan strategik dan meneroka peluang pelaburan bersama syarikat pemula yang mengambil bahagian.

Secara keseluruhan, kerjasama berkenaan memberikan pengasas akses kepada pendedahan global, kepakaran industri, perspektif pelabur serta laluan untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia dan pasaran antarabangsa.

Must Watch Video

Advertisement