awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Keluarga setuju selesai secara baik insiden remaja OKU dipukul di Belaga - Polis
MALAYSIA
Gangguan trafik sempena AMM ke-58, dijangka bermula Jumaat ini
MALAYSIA
Lebih 5,000 senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di tiga negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Sukan Olimpik Los Angeles hasrat tawarkan perkhidmatan teksi terbang

Amanz
Amanz
17/05/2025
05:00 MYT
Sukan Olimpik Los Angeles hasrat tawarkan perkhidmatan teksi terbang
Midnight ialah teksi terbang elektrik sepenuhnya yang boleh membawa empat penumpang dan seorang juruterbang, dengan keupayaan berlepas dan mendarat menegak serta kelajuan maksimum 241 km/j. -Amanz
SUKAN Olimpik 2024 di Paris sepatutnya menjadi Olimpik pertama menawarkan perkhidmatan teksi terbang.

Ringkasan AI
  • Sukan Olimpik Paris 2024 gagal menjadi yang pertama menawarkan teksi terbang kerana isu lesen dan pengurusan bandar, menyebabkan Volocopter tidak dapat beroperasi.
  • Archer Aviation kini dijangka menjadi pelopor teksi terbang di Olimpik Los Angeles 2028 dengan model Midnight yang akan membawa VIP, atlet dan peminat ke venue acara.
  • Midnight ialah teksi terbang elektrik sepenuhnya yang boleh membawa empat penumpang dan seorang juruterbang, dengan keupayaan berlepas dan mendarat menegak serta kelajuan maksimum 241 km/j.

Tetapi isu dengan pengurusan bandar raya Paris dan mendapatkan lesen operasi membuatkan harapan Volocopter hancur musnah.
Kegagalan Volocopter memberikan ruang kepada Archer Aviation menjadi yang pertama menawarkan teksi terbang di Sukan Olimpik Los Angeles 20278.
Archer Aviation ingin menggunakan teksi terbang Midnight mereka untuk membawa VIP, peminat dan juga atlet ke venue ketika acara berlangsung tiga tahun daripada sekarang.
Mereka juga ingin membuka beberapa lapangan teksi terbang di lokasi strategik di sekitar Los Angeles.
Teksi terbang Archer Aviation Midnight boleh membawa seorang juruterbang dan empat orang penumpang.
Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dengan setiap teksi dilengkapi 12 kipas yang boleh berputar ke atas membolehkan Midnight terbang dan mendarat secara menegak seperti helikopter.
Apabila mencapai ketinggian yang diinginkan, kipas akan kembali ke depan membolehkan penerbangan seperti kapal terbang biasa dengan kelajuan mencecah 241 km/j. -Amanz
Topic Berkaitan
#Los Angeles
#Volocopter
#Olimpik
#Archer Aviation
#Teksi terbang
#midnight
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami