awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Wendy Ng rangkul emas kelima, Ker Ying raih perak

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2022
08:48 MYT
Sukan SEA Hanoi: Wendy Ng rangkul emas kelima, Ker Ying raih perak
Ng meraih pingat emas kelima negara dengan catatan 270.60 mata dalam acara 3-meter papan anjal wanita. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Atlet terjun Wendy Ng Yan Yee sekali lagi menyumbang emas buat skuad terjun negara dalam temasya Sukan SEA ke-31 Vietnam 2021.
Wendy meraih pingat emas kelima negara dengan catatan 270.60 mata dalam acara 3-meter (3m) papan anjal wanita.
Pada masa yang sama, Ong Ker Ying turut merangkul pingat perak dengan jumlah 242.40 mata dalam acara yang sama.
Pada Isnin, gandingan Wendy dan Ker Ying menyumbang pingat emas dengan mencatatkan 276.30 mata keseluruhan dalam acara 3m papan anjal seirama wanita.
Tiga lagi pingat emas negara yang lain disumbang oleh atlet terjun lelaki, Ooi Tze Liang dalam acara 1 meter papan anjal individu, pasangan Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki dan Nur Dhabitah Sabri dalam acara terjun 1m papan anjal.
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#wendy ng
#emas
#atlet terjun negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan