PHNOM PENH: Hanya lima bukan 10 seperti 'digembar-gemburkan' sebelum ini.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ternyata tidak berpuas hati susulan prestasi kem olahraga negara yang gagal mencapai sasaran 10 emas ditetapkan pada Sukan SEA 2023.
Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata harapan membawa pulang 10 emas yang diletakkan sebelum ini dibuat berdasarkan prestasi semasa atlet negara sebelum mereka turun berjuang di bumi Kemboja.
Walaupun prestasi olahraga negara menghampakan, Shahidan tetap bersyukur langkah KOM mempertaruhkan sejumlah muka baharu adalah satu tindakan tepat sehinggakan mereka berjaya membawa pulang pingat waima gangsa sekali pun.
"Jika tidak dapat gangsa mungkin saya rasa kurang menyeronokkan tapi bila dapat pingat itu membuktikan pendedahan pertama di Sukan SEA kepada atlet muda adalah berjaya," katanya.
Selain lima emas, saingan olahraga yang menutup tirainya semalam menyaksikan Malaysia membawa pulang tiga perak dan 12 gangsa.
Pencapaian membawa pulang lima emas yang dilakar skuad olahraga itu sekali gus menyamai pencapaian pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
Di Kemboja, tiga atlet negara, Grace Wong (tukul besi wanita), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera lelaki) dan Andre Anura Anuar (lompat kijang lelaki) menampilkan prestasi cemerlang dengan mempertahankan emas dimenangi masing-masing.
Tatkala tumpuan lebih diberikan kepada jaguh 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy yang menepati ramalan menjuarai acara tersebut, pelari lelaki berusia 20 tahun, Umar Osman ternyata membuat kejutan menggondol emas pada penampilan pertamanya di temasya sukan dwitahunan tersebut.
Malah pemuda dari Kluang, Johor itu mencatat 46.34 saat (s) pada saingan berlangsung di Stadim Nasional Morodok Techo sekali gus sudah cukup baginya memecahkan rekod kebangsaan 400m lelaki hampir 22 tahun oleh Mohd Zaiful Zainal Abidin, 46.41 saat (s) dalam Kejohanan Olahraga Asia Junior di Brunei pada Julai 2001.
Kejayaan dilakar Umar menyaksikan beliau menamatkan kemarau emas selama 14 tahun yang kali terakhir dimenangi Zafril Zuslaini pada edisi 2009 di Vientiane, Laos.
Shereen pula kembali meletakkan Malaysia pada kedudukan tertinggi podium acara 400m wanita di pentas Sukan SEA selepas N. Manimagalay kali terakhir memenanginya pada edisi 1999 di Brunei.
Bukan itu sahaja, kuartet lelaki berjaya menamatkan kemarau 10 tahun tanpa sebarang pingat dengan membawa pulang gangsa semalam.
Kuartet dibarisi Umar, Abdul Wafiy Roslan, Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dan S. Tarshan merekodkan masa tiga minit dan 08.82 saat (s) untuk merangkul gangsa, sekali gus menyamai pencapaian Malaysia yang kali terakhir memenangi pingat acara tersebut pada edisi 2013 di Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
KOM ternyata tidak berpuas hati susulan prestasi kem olahraga negara yang gagal mencapai sasaran 10 emas ditetapkan pada Sukan SEA 2023. -Gambar fail/Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.