PHNOM PENH: Penerjun wanita negara, Lee Yiat Qing jarang beraksi bagi 10 meter (m) platfrom, tetapi siapa sangka atlet berusia 15 tahun itu mampu melakukan 'keajaiban' dalam penampilan sulungnya di temasya Sukan SEA di sini hari ini.
Ketika perhatian lebih tertumpu kepada seniornya, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj, Yiat Qing yang kerap beraksi dalam acara 3m papan anjal, bangkit memberi 'percikan' emas kepada kem terjun negara selepas memenangi acara platform wanita itu di Pusat Akuatik Morodok Techno.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mengumpul 253.80 mata bagi menamatkan saingan di hadapan Bui Thi Hong Giang dari Vietnam (242.20 mata) untuk perak dan Gladies Lariesa Garina Haga dari Indonesia meraih gangsa (228.00 mata).
Bagaimanapun, hari malang buat Nur Eilisha yang turut membuat penampilan sulung, apabila terjunan keempatnya yang lemah menafikan usahanya merebut podium bersama Yiat Qing dan hanya memperoleh 227.05 mata untuk menduduki tempat keempat daripada tujuh penerjun dalam acara yang menggabungkan kedua-dua platform 10m dan 5m.
Bercakap kepada pemberita Malaysia, Yiat Qing berkata dia tidak menyangka dapat membawa pulang emas memandangkan acara platform masih agak baru baginya.
"Saya biasa terjun 3m papan anjal tetapi pada Sukan SEA ini saya dipilih untuk bertanding dalam acara platform dan hanya mula berlatih pada Disember lepas.
"Saya tidak terlalu banyak fikir, cuma lakukan apa yang saya mampu di sini. Prestasi hari ini benar-benar bagus, saya sendiri tidak jangka boleh lakukan begitu baik. Ia merupakan kemenangan terbesar dalam kerjaya saya setakat ini. Saya gembira dan bangga kerana semua kerja keras saya akhirnya berhasil," katanya.
Ditanya sama ada kemenangan hari ini akan menjadi titik tolak untuk beralih ke acara platform, Yiat Qing tidak menolak kemungkinan itu, malah mula menimbangkan untuk terjun bagi kedua-dua acara.
Pada masa depan, dia juga berharap dapat bertanding dalam Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pencapaian manis Yiat Qing hari ini menyaksikan kem terjun negara semakin menghampiri misi meneruskan penguasaan di Kemboja selepas meraih dua emas sebelum ini melalui Kimberly Bong dalam acara 3m papan anjal individu wanita dan Muhammad Syafiq Puteh dalam 3m papan anjal individu lelaki.
Pada hari terakhir acara terjun esok, Malaysia akan mempertaruhkan dua lagi penerjun, Bertrand Rhodict Anak Lises dan Enrique Maccartney Harold bagi acara 10m platform lelaki dalam usaha menyapu bersih kesemua empat emas yang ditawarkan di Sukan SEA 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Yiat Qing memberi 'percikan' emas kepada kem terjun negara selepas memenangi acara platform wanita itu di Pusat Akuatik Morodok Techno. - Gambar/ Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.