awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukarelawan APM Kuala Muda maut kemalangan kereta dan lori

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/03/2025
23:15 MYT
Sukarelawan APM Kuala Muda maut kemalangan kereta dan lori
Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di di Kilometer 14 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, Sungai Petani, semalam. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI: Seorang anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda maut selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 14 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil semalam.
Mangsa, Muhammad Faiz Rozaini, 31 tahun, beralamat di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, di sini, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata dalam kejadian jam 3 petang mangsa yang memandu Produa Kancil dalam perjalanan dari Bukit Selambau ke Sungai Petani manakala lori sedang bergerak dari Sungai Petani ke Kuala Ketil.
“Hasil siasatan polis mendapati, kejadian berlaku ketika lori yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun sedang bergerak ke Kuala Ketil.
"Tiba-tiba kenderaan Perodua Kancil yang dipandu mangsa keluar dari simpang kiri dan membelok ke kanan menghala ke Sungai Petani.
“Akibat jarak terlalu dekat, pemandu lori tidak sempat mengelak lalu merempuh sebelah kanan kenderaan mangsa.
"Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan awal hari ini.
Foto PDRM
Foto PDRM
Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk bedah siasat manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, lori terbabit ditahan dan dibawa ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.
Hasil ujian air kencing ke atas pemandu lori terbabit didapati negatif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Foto PDRM
Foto PDRM
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Amirul Asyraf Muhamad Mayidin, mengucapkan takziah atas kehilangan mangsa.
Mengikut rekod, kemalangan ini yang kedua dalam tempoh dua hari melibatkan anggota APM di negeri ini.
Topic Berkaitan
#sukarelawan APM Kuala Muda
#kemalangan maut
#Sungai Petani
#lori rempuh kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan