awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hala tuju UMNO, persediaan PRU16 dijangka fokus utama ucapan dasar Presiden - Razlan
Pihak berkuasa Afrika Selatan tutup Taman Negara Kruger akibat banjir besar
Machado dakwa “boleh harap pada Presiden Trump” selepas pertemuan di White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Brunei berangkat pulang

Bernama
Bernama
06/03/2019
03:15 MYT
Sultan Brunei berangkat pulang
Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia di Pengkalan Udara TUDM Subang hari ini. - Foto Bernama
Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang ke Brunei pada 9.45 pagi ini selepas menamatkan lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia mulai Isnin lepas.
Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini disaksikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Semalam, baginda mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu pertemuan ulung baginda dengan Dr Mahathir di bawah rangka kerja Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei di Putrajaya.
Pertemuan empat mata selama lebih satu jam itu antara lain membincangkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan isu yang melibatkan kepentingan bersama.
Baginda juga menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei mengenai pergerakan tahanan sebelum menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bagi meraikan baginda di Seri Perdana.
Baginda kemudiannya berangkat menghadiri program bersama pelajar Brunei di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Brunei
#lawatan kerja ke Malaysia
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Sultan Brunei berangkat pulang
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan