MALAYSIA
Sultan Brunei berangkat pulang selepas akhiri lawatan negara

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang ke Brunei hari ini selepas mengakhiri lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula Isnin. - Foto Bernama
SUBANG JAYA: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang ke Brunei hari ini selepas mengakhiri lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula Isnin.
Ringkasan AI
- Sultan Brunei menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia dan berangkat pulang bersama delegasi diraja dari Pangkalan Udara TUDM.
- Lawatan atas jemputan Yang di-Pertuan Agong merangkumi istiadat sambutan negara, pertemuan dua Sultan serta rundingan tahunan pemimpin Malaysia-Brunei.
- Hubungan perdagangan Malaysia-Brunei terus kukuh, dengan jumlah dagangan mencecah RM7.53 bilion pada 2024 dan RM3.02 bilion bagi separuh pertama 2025.
Lawatan Negara Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Semalam, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke istiadat sambutan negara di Istana Negara.
Selepas istiadat itu, Sultan Brunei berkenan mengadakan pertemuan dengan Sultan Ibrahim yang antara lain menyentuh mengenai hubungan dua hala erat antara Malaysia dan Brunei yang telah lama terjalin.

ultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan), sebelum berangkat pulang ke Brunei hari ini selepas mengakhiri lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula Isnin. - Foto Bernama
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan perbincangan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei (ALC) ke-26 di Seri Perdana, Putrajaya.
Perdana Menteri juga meraikan Sultan Hassanal Bolkiah bersama delegasi baginda pada majlis santapan tengah hari rasmi di kediaman rasmi Perdana Menteri pada 11.25 pagi.
Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM7.53 bilion (AS$1.77 bilion).
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 pula, jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencecah USD690 juta (RM3.02 bilion), dengan eksport berjumlah AS$500 juta (RM2.18 bilion) dan import AS$190 juta (RM840 juta).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami