awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Brunei berkenan terima menghadap Mohamad Hasan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/08/2024
12:44 MYT
Sultan Brunei berkenan terima menghadap Mohamad Hasan
Mohamad Hasan mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Brunei bersempena dengan Mesyuarat ke-25 Pelaksanaan Exchange of Letters antara Malaysia dan Brunei Darussalam (EOL-25). - Foto Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu kota antara lain menyatakan komitmen untuk terus meneroka bidang kerjasama baharu yang memanfaatkan kedua-dua negara.
Wisma Putra memaklumkan, kunjungan itu adalah selari dengan iltizam untuk mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan erat sedia ada antara kedua-dua negara.
"Inti pati perbincangan tersebut turut menyentuh kerjasama dua hala dan isu-isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Kunjungan itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja dua Mohamad ke negara itu bersempena Mesyuarat ke-25 Pelaksanaan Exchange of Letters antara Malaysia dan Brunei Darussalam (EOL-25).
Dalam mesyuarat EOL yang dipengerusikan bersama Mohamad dan rakan sejawatnya Datuk Seri Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof, Malaysia dan Brunei bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan yang dicapai sepanjang pelaksanaan Exchange of Letters tersebut.
EOL merupakan dokumen yang ditandatangani pemimpin kedua-dua negara pada 2009, yang menggariskan perkara-perkara yang diberi keutamaan dalam hubungan dua hala.
Dalam pada itu, Wisma Putra memberitahu, kedua-dua negara bersependapat bahawa perpaduan dalam ASEAN adalah amat penting bagi tereus menjamin keamanan dan kesejahteraan rantau Asia Tenggara
"Brunei juga mengulangi sokongannya kepada Malaysia dalam usaha menjayakan Visi Komuniti ASEAN sepanjang Kepengerusian ASEAN Malaysia pada 2025," katanya.
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#Wisma Putra
#lawatan kerja
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan