awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Brunei, Dr Mahathir adakan pertemuan di Putrajaya

Bernama
Bernama
05/03/2019
04:18 MYT
Sultan Brunei, Dr Mahathir adakan pertemuan di Putrajaya
Ketibaan Baginda di Perdana Putra di sini pada kira-kira 11.25 pagi, disambut Dr Mahathir dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. - Sumber YouTube/@KL Media Channel
Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengadakan pertemuan ulung dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah rangka kerja Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei.
Ketibaan Baginda di Perdana Putra di sini pada kira-kira 11.25 pagi, disambut Dr Mahathir dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Selepas pertemuan dengan Dr Mahathir, Baginda dijadual menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei mengenai pergerakan tahanan.
Selain Saifuddin, anggota Kabinet , yang turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Baginda seterusnya dijangka berangkat ke majlis santapan tengah hari yang dihoskan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bagi meraikan Baginda di Seri Perdana.
Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang semalam bagi lawatan dua hari ke Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brunei
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Mohamed Azmin Ali
#Muhyiddin Yassin
#Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei
#Siti Hasmah Mohamad
#Sultan Hassanal Bolkiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan