Skip to main content

Malaysia

Sultan Ibrahim jalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal

KUALA LUMPUR, 21 Nov --  Suasana pekarangan pintu satu Istana Negara hari ini.  Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, hari ini.  --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Istana Negara memaklumkan Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya meneruskan proses pemulihan melalui rawatan susulan bagi memastikan keadaan kesihatan Baginda terus bertambah baik. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan bagi merawat masalah musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Menerusi satu kenyataan, Istana Negara memaklumkan Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya meneruskan proses pemulihan melalui rawatan susulan bagi memastikan keadaan kesihatan Baginda terus bertambah baik.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berangkat menyaksikan Perbarisan Sempena Hari Pahlawan 2026 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini.

Istana Negara bagaimanapun tidak memperincikan tempoh rawatan yang akan dijalani Baginda.

Rakyat turut dimohon mendoakan agar Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan serta terus berada dalam keadaan sihat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara.

 

 

Must Watch Video

Advertisement