awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor titah Muhyiddin menghadap petang ini

Hakim Rahman
Hakim Rahman
02/08/2015
04:06 MYT
Sultan Johor titah Muhyiddin menghadap petang ini
Muhyiddin juga dijangka akan mengadakan pertemuan bersama NGO Melayu di Johor pukul 5 petang ini di sebuah hotel di Senai. - Gambar Fail
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda, hari ini.
Sumber ketika dihubungi Astro AWANI, berkata Muhyiddin dijangka menghadap Sultan Johor pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di sini.
"Saya dimaklumkan Sultan akan memanggil beliau ke Istana berikut," kata sumber tersebut.
Sementara itu, portal berita The Malaysian Insider dipetik berkata, perjumpaan itu dijangka akan membincangkan isu pengguguran beliau daripada Kabinet serta isu-isu semasa.
Muhyiddin juga dijangka akan mengadakan pertemuan bersama NGO Melayu di Johor pukul 5 petang ini di sebuah hotel di Senai.
Pada Ahad, Muhyiddin telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kluang di Kluang. Ia merupakan mesyuarat pertama yang dirasmikan Muhyiddin selepas digugurkan daripada barisan kabinet.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin sebelum ini membuat kenyataan tidak menghalang mana-mana bahagian untuk menjemput Muhyiddin merasmikannya.
"Muhyiddin masih Timbalan Presiden UMNO dan diharap semua pihak terus menghormatinya," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali, tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya membelakangkan 145,000 suara yang memilih beliau pada pemilihan parti sebelum ini.
"Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno.
"Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu," kata Azizul dalam satu kenyataan, Ahad.
Dalam tradisi UMNO, Timbalan Presiden adalah Timbalan Perdana Menteri.
"Tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh keputusan parti. Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan," kata Azizul.
Azizul meletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kluang baru-baru ini susulan pelepasan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Sehubungan itu beliau memberi amaran sekiranya Najib gagal menghormati keputusan ahli parti, ahli parti akan hilang hormat kepadanya.
"Adalah malang bagi UMNO jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada Presiden," katanya.
Topic Berkaitan
#Istana Bukit Serene
#Muhyiddin Yassin
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan